Sebelum ini, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dia sanggup mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM50,000 untuk penyediaan ‘wardrobe’, peralatan solekan dan sebagainya demi menjayakan watak bernama Qaidah dalam drama Lelaki Itu.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Sanggup Berhabis RM50,000 Demi ‘Qaidah’ – ‘Itulah Proses Merealisasikan Watak’
Artikel Berkaitan: Fazura Takut Bawa Watak ‘Imani’
Keluar duit sendiri
Terbaharu, aktres jelita Hannah Delisha memberitahu dia juga pernah melakukan perkara sama dan mengganggap tindakan tersebut sudah menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakkan pelakon.
Pun begitu, kata Hannah ada kala pelakon juga akan menggunakan sahaja pakaian yang disediakan oleh pihak produksi.
Sebenarnya benda ini dah berlaku sejak permulaan karier saya. Itu pun saya dalam industri dalam enam atau tujuh tahun. Tapi saya pasti, sebelum saya berada dalam industri pun, benda ini dah berlaku lama.
Memang kebanyakkan masa, kita pelakon memang nak kena keluarkan beberapa jumlah wang untuk ‘wardrobe’ kita.
Tapi bergantung juga, ada masa kita nak biarkan wardrobe team dari produksi yang uruskan. Cuma mungkin baju yang disediakan sudah dipakai berulang kali.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini berkata, pemilihan pakaian juga bergantung kepada watak yang diterima.
Apa-apa berdasarkan macam mana serius anda dalam menjayakan watak. Kalau watak yang diberikan seorang yang suka berfesyen atau penampilan yang sentiasa bergaya, jadi bagi saya kena keluarkan wang untuk melabur bagi wardrobe.
Tapi kalau watak yang seorang duduk di kampung, pakaiannya mungkin simple saja seperti baju kurung, baju biasa, blouse dengan seluar, yang itu boleh bagi wardrobe team uruskan. Ia sesuatu kebiasaan dalam industri kita.
Terdahulu, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui dia sanggup mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM50,000 untuk penyediaan ‘wardrobe’, peralatan solekan dan sebagainya yang sesuai untuk watak lakonannya.
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.