Foto: Hannah Delisha bersama Imam Shah
Umumnya mengetahui, pada Khamis yang lalu, pelakon drama terkenal Hannah Delisha selamat disatukan dengan suaminya Imam Shah. Perkhabaran tersebut hanya diketahui oleh pihak media dan netizen setelah pasangan merpati dua sejoli ini memuat naik beberapa keping foto menerusi platfom media sosial masing-masing.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Bongkar’ Bibit-Bibit Cinta Hannah Delisha & Suami, Rupanya Sebelum Ini Pernah Bagi ‘Hint’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu’ – Pengurus Hannah Delisha
Artikel Berkaitan: Tup Tup Dah Kahwin! Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha
Terbaru, menerusi artikel yang dipetik daripada Astro Gempak, Hannah Delisha tampil menceritakan sebab mengapa dia bertindak untuk ‘menyembunyikan’ perhubungan yang terjalin selama ini.
Alhamdulillah!
Foto: Hannah Delisha
Jelas pelakon cantik itu, dia berasa syukur dan lega kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Disoal mengapa tidak menghebohkan hubungan yang terjalin kepada orang ramai, Hannah menjelasan lebih selesa baginya untuk ‘merahsiakan’ berkenaaan hal-hal peribadi daripada pengetahuan orang ramai.
Saya mohon maaf, saya memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Saya tak pernah kongsi di media sosial pun yang saya bercinta sebelum ini. Bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kongsi kepada orang lain, dahulukan yang wajib, itulah yang utama.
Hannah turut menceritakan dia mengenali suaminya yang merupakan seorang pelakon dari negara Singapura, sejak lima tahun yang lepas ketika sama-sama berlakon.
Saya kenal dia ketika kami sama-sama jalani penggambaran drama sebuah episod. Imam adalah seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar.
Dorong dalam bidang keagamaan
Foto: Hannah Delisha
Jelas Hannah lagi, suaminya juga menjadi salah satu asbab baginya untuk memahami bidang keagamaan dengan lebih mendalam.
Dialah yang sebenarnya banyak mendorong Hannah untuk lebih cenderung ke arah keagamaan dan Alhamdulillah, diri saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama sepadan ini telah selamat disatukan di Singapura dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Sumber: Astro Gempak