berita

Kenapa Hans Isaac Enggan Filemkan Lawak Ke Der 3?

September 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pc Lawak Ke Der 3-13

Gara-gara kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap filem Lemak Kampung Santan, Hans Isaac terus membuat keputusan untuk tidak melabur walau sedikit pun di dalam industri perfileman.

Perkara itu juga merujuk kepada teater Lawak Ke Der 3 yang bakal dipentaskan pada 3-6 Oktober 2013.

Umum tahu bahawa sebelum ini Lawak Ke Der 2 pernah dibawa masuk ke layar perak kerana ingin memberi peluang kepada peminat luar bandar yang tidak bernasib baik menonton teater itu akibat kehabisan tiket.

Namun ketika ditanya sama ada Lawak Ke Der 3 akan turut difilemkan, Hans selaku pengarahnya pantas menjawab perkara itu tidak akan berlaku.

Saya telah beritahu di laman sosial bahawa saya tidak akan terlibat dengan industri perfileman lagi sehinggalah saya nampak perubahan. Jadi, saya akan kotakan apa yang saya kata sebelum ini. Lawak Ke Der 3 tidak akan ke panggung.

Namun dalam masa yang sama, Hans menyatakan dia telah menjual hak penyiaran Lawak Ke Der 3 kepada Excellent Pictures untuk kegunaan produksi itu.

Pc Lawak Ke Der 3-16

Saya telah menjual hak penyiaran kepada Excellent Pictures. Terpulang kepada mereka untuk filemkan teater ini kerana saya tidak mahu berurusan dengan panggung wayang lagi. Malah, nama saya dan syarikat produksi saya pun tidak akan ada di dalam filem tersebut sekiranya ia ditayangkan nanti.

Namun menurut Hans, Excellent Pictures hanya boleh menayangkan filem tersebut dalam masa enam hingga lapan bulan selepas pementasan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya.

SKIP THIS AD ×