Biarpun hanya berjauhan dengan anak sekejap, itu bukan perkara yang mudah untuk dilalui seorang ibu. Situasi sama yang sedang dilalui pengacara Dayah Bakar selepas anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, dihantar ke ‘playschool.’
Artikel Berkaitan: Setahun Menetap Di Australia, Dayah Bakar Kembali Ke Tanah Air Bersama Kapten & Fahri – ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Kembali Aktif Menjadi Hos’
Rapuh hati masa hantar
View this post on Instagram
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Dayah, 33, akui berasa sedih apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan anak tunggalnya itu.
Kata pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar, perasaan itu makin berat selepas mendengar tangisan Fahri yang baru sahaja ingin biasakan diri dengan pengalaman baru.
Perjalanan baru. Haritu kami hantar Fahri trial to playschool untuk beberapa hari dan hari ini adalah hari Fahri betul-betul mula.
Ya Allah, tak senang ya, hati sungguh rapuh waktu hantar dia, lagi-lagi bila dia menangis.
Harap anak okay
Dalam pada itu, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam turut memohon pertolongan daripada golongan ibu bapa untuk berkongsi pengalaman dan tips yang boleh diikuti.
Tolong kongsi pengalaman ibu yang lain. Mereka cakap situasi macam ini normal untuk mula-mula, nanti akan okay .
Semoga Fahri baik-baik sahaja. Main, belajar, berseronok, kenal kawan baru dan menyesuaikan diri dengan baik. Auntie uncle doakan juga sama-sama ya.
Rata-rata pengikut tidak lokek berkongsi perjalanan anak masing-masing di samping faham dengan naluri seorang ibu.
Dayah dan Fahri baru kembali ke Malaysia selepas setahun menetap di Canberra, Australia kerana mengikut Kapten Muhammad Hanif yang bertugas di sana.
Sekadar info, Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @dayahbakar