berita

Hanya 1 Kes Positif Dilaporkan, Australia Laksana ‘Total Lockdown’

February 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Perth, Australia telah diperintahkan pihak berkuasa untuk melaksanakan ‘total lockdown’ di kawasan bandar terbesar itu hanya kerana tercetusnya satu kes positif Covid-19. Perkembangan terkini, negara Australia telah mencatatkan bilangan kes sebanyak 28,818 manakala 909 kes kematian dilaporkan.

Terbaru, hanya satu kes dilaporkan di bandar Perth melibatkan seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel penempatan pesakit positif Covid-19 dan menyebabkan bandar itu melaksanakan ‘total lockdown’.

Sumber foto: The New York Times

Memetik laporan The New York Times, seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel tempat kuarantin pesakit telah dijangkiti positif Covid-19 dengan mengalami simptom kecil. Difahamkan, pengawal keselamatan tersebut dijangkiti virus itu ketika bertugas di hotel kuarantin sementara di Four Points by Sheraton. Pihak berkuasa turut menjejaki lokasi individu ini lewati termasuk ke rumahnya yang juga memerlukan penghuni rumah berkenaan menjalani proses kuarantin kendiri selama 14 hari.

Di bandar Perth telah diperintahkan untuk melaksanakan ‘lockdown’ sepenuhnya pada Ahad lalu berhubung satu kes yang dilaporkan tersebut.

Diikuti dengan Sydney dan Brisbane

Sumber foto: The New York Times

Keputusan ‘lockdown’ terhadap bandar Perth itu juga diikuti dengan beberapa bandar yang lain seperti Sydney dan Brisbane. Di mana beberapa orang penduduk di kawasan itu disahkan dijangkiti positif Covid-19 sekali gus menyebabkan peningkatan bilangan kes harian di negara itu.

Susulan itu, Australia telah menghadkan perjalanan rentas negeri dengan ketat dan mewajibkan individu pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan diri di hotel yang disediakan. Selain itu, Australia turut melaksanakan sistem pengesanan kontak rapat dengan menjejaki ke mana sahaja individu pergi.

Menerusi laporan, negara Australia merupakan salah satu negara di Asia Pasifik yang boleh dikatakan berjaya menangani penyebaran virus ini selain New Zealand, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Sumber: The New York Times

SKIP THIS AD ×