Perkembangan terbaru mengenai wabak Covid-19 dilihat positif selepas kes baru yang dilaporkan mencatat rekod bawah 100 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, hanya 50 kes terbaru yang dilaporkan hari ini dan mencatatkan kes keseluruhan dalam negara sebanyak 5532 kes.
103 pesakit telah sembuh
Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 103 orang telah sembuh. Ini menjadikan 3,452 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 62.4 peratus.
Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,987 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.
Tambahnya lagi, kadar pesakit yang telah sembuh pada hari ini mencatat angka 103 pesakit. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh sebanyak 3452 pesakit iaitu sebanyak 64.2 peratus.
Selain itu, satu kematian telah dilaporkan hari ini dan mangsa merupakan warga emas berusia 72 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Mangsa dirawat dan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Umum, Sarawak.
Sidang media penuh
https://www.facebook.com/harianmetro/videos/246610230043821/