berita

Hanya Bayar RM2, Korang Boleh Jimat Sehingga RM600 Dengan #PekSenangRaya Dari Grab

May 10th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Pejam celik tak lama lagi kita dah nak menyambut perayaan Aidilfitri. Rasanya baru mula puasa semalam kan? Admin yakin ramai antara korang tengah sibuk buat persiapan raya, beli baju, hias rumah, buat kuih dan sebagainya.

Biasanya, hujung minggu kita akan shopping sakan beli semua keperluan. Dari satu mall, ke pusat bandar Kuala Lumpur, Shah Alam, SOGO dan sebagainya. Sempat ke nak buat semua tu dalam sehari?

Percaya tak kalau admin kata aplikasi Grab boleh jimatkan masa korang dalam melengkapkan segala persiapan raya? Jadi, korang ada banyak masa yang boleh diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan!

Dapatkan #PekSenangRaya dari Grab. Jadikan raya korang mudah, sambutan pun meriah!

Apa yang korang boleh dapat dengan #PekSenangRaya dari Grab ni? Haa, dengan hanya RM2, korang boleh dapat tawaran bernilai sehingga RM600 sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ni. Ya, betul! RM600! Banyak kan? Boleh beli 6 pasang baju raya tu!

#PekSenangRaya dari Grab ni ada 41 kod promo atau baucar yang korang boleh guna untuk naik Grab, pembelian dan servis penghantaran makanan di GrabFood, penghantaran bungkusan melalui GrabExpress, tawaran pelancongan, pakaian dan produk kecantikan dan pembayaran di restoran, cafe dan banyak lagi dengan GrabPay Credits.

Tunggu apa lagi? Buka aplikasi Grab korang dan beli #PekSenangRaya ni di laman utama aplikasi, sebab kempen ini akan tamat pada 17 Jun 2019 dan stok sangat terhad!

Psst, nak tau tak apa antara baucar atau kod promo yang Grab tawarkan dalam #PekSenangRaya ni?

1. Potongan 20% di GrabFood dan 20% rebat bila korang buat pembayaran dengan GrabPay di kedai seperti Domino’s, The Alley, Baskin Robbins, Ben’s, Boat Noodle, McDonald’s, Secret Recipe, Dave’s Deli dan banyak lagi!

Kalau tak nak pening berasak dalam jem atau di mall untuk buka puasa nanti, GrabFood je! Kalau dah di luar tu, bayar ke restoran dengan GrabPay – ringan sikit beban sebab ada rebat.

2. Rebat 20% bila korang shopping dan buat pembayaran dengan GrabPay Credits di Fashion Valet, Poplook dan Bubble Gum Wax. Jimat 20% storewide di Laneige, The Body Shop dan Lazada dengan menggunakan baucar. Wah, jimat duit nak shopping baju dan persiapan raya macam ni!

3. Potongan 20% dengan pembelian pakej di KLOOK, OYO dan rebat 20% untuk pembelian tiket di KLIA Express. Siapa yang selalu stay hotel sebab rumah kat kampung tak muat untuk seluruh keluarga berkumpul, memang berbaloi dapatkan #PekSenangRaya ni!

4. Potongan RM3 bila korang naik Grab dan potongan 20% untuk penghantaran di GrabExpress. Tak perlu susah-susah cari parking bila pergi bazar Ramadan atau buka puasa kat rumah kawan. Jimat kan?

Kalau tak sempat nak datang rumah kawan-kawan, korang boleh hantar hamper atau kuih raya dengan GrabExpress (di Lembah Klang sahaja).

Macam mana nak beli #PekSenangRaya dari Grab ni? Senang je…

  1. Buka aplikasi Grab (kalau belum ada, download sekarang di iOS dan Android, kemudian daftar macam biasa).
  2. Klik pada Pek Senang Raya di laman utama aplikasi Grab korang.
  3. Slide untuk membeli dan buat pembayaran RM2 dengan GrabPay Credits(Belum aktifkan wallet? Lihat sini).
  4. Bila selesai buat bayaran, semua kod promo dan baucar korang ada di GrabRewards > My Rewards.

Sebelum buat pembelian #PekSenangRaya ni, pastikan korang dah tambah nilai GrabPay wallet korang siap- siap. Dah, itu je! Senang kan? Cepat, beli sekarang!

Dah sedia untuk beli? Korang boleh klik terus link ini kalau korang sedang membaca artikel ini dari telefon bimbit. Sekarang, korang boleh duduk dan relaks!

Selain #PekSenangRaya, Grab juga ada fungsi yang berguna untuk korang sempena Ramadan & Raya

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan semua nak lebih yakin dengan waktu solat, berbuka dan sebagainya. Korang tak perlu download aplikasi baru untuk check waktu solat tau.
Apa kata buka aplikasi Grab korang, dekat laman utama aplikasi Grab korang boleh scroll dan lihat Prayer Times widget yang menyenaraikan waktu solat dan lokasi masjid terdekat. Malah, korang boleh set reminder bila tiba waktu solat tau, Grab akan beri notifikasi untuk ingatkan korang – hebatnya!

Selain tu, apa kata ubah sikit cara korang bagi duit raya tahun ni ke arah yang lebih ‘moden’. Kita bagi duit raya melalui GrabPay je. Tak perlu susah-susah beratur dekat bank lagi untuk tukar duit! Caranya…

  1. Tekan ‘Pay‘ dekat laman utama aplikasi Grab korang.
  2. Pilih ‘Mobile Number‘ dekat bahagian bawah kanan skrin.
  3. Pilih nombor telefon orang yang korang nak bagi duit raya tu.
  4. Masukkan jumlah GrabPay Credits yang korang nak bagi dan slide untuk menghantar. Senang je!

*Pastikan korang dah set up GrabPay wallet & nombor telefon penerima berdaftar dengan Grab dan mempunyai aplikasi Grab serta akaun GrabPay wallet mereka sudah diaktifkan.

Tunggu apa lagi? Kalau belum download aplikasi Grab, cepat download sekarang dan dapatkan #PekSenangRaya dari Grab untuk menikmati tawaran serta fungsi dan ciri hebat dari Grab.

Untuk terma dan syarat pembelian dan cara penggunaan #PekSenangRaya dari Grab ni, layari laman web Grab.

Selamat Hari Raya dan Selamat Senang Raya dari Grab dan OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×