berita

Hanya Demam Biasa & Alami Gejala Ringan, Suami Nourul Positif Covid-19

February 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum sedia maklum, penyanyi, Nourul Depp dan keluarga telah menetap di Bali, Indonesia bagi memulakan kehidupan baru. Terbaru, pelantun suara ‘Kerana Terluka’ ini memberitahu bahawa suaminya, Eric Daniel Depp disahkan positif Covid-19.

Akan buat ujian PCR lagi

Jadilah positif walaupun ujian anda menunjukkan anda positif! Malangnya suami saya diuji positif dengan bacaan positif yang sangat rendah. Masih kami sekeluarga mengasingkan diri.

Menurut Nourul, suaminya disahkan positif setelah melakukan ujian saringan Covid-19. Namun, bacaannya sangat rendah. Susulan daripada itu, Nourul mengambil langkah berjaga-jaga untuk dirinya dan anak-anak. Ujar Nourul, anak-anaknya negatif dan mereka akan melakukan sekali lagi ujian PCR pada hari Jumaat nanti.

Alhamdulillah. Kami diberi vaksin. Kami dipenuhi dengan nutrisi dan suplemen terbaik. Eric hanya demam biasa dan mengalami gejala ringan.Tak sakit dada. Tiada hidung tersumbat. Kami hanya perlu mengambil dos penggalak.

Jelas Nourul lagi, dia terfikir untuk pulang ke Malaysia hujung bulan ini bagi mendapatkan booster. Hasrat tersebut terpaksa dilupakan seketika kerana semuanya masih belum pulih.

Kami semua sihat. Lebih baik mendapatkannya. Sistem imun anda perlu diuji dan memastikan mereka bersedia untuk melawan virus ini. InsyaAllah dengan pertolongan Allah, semuanya akan baik-baik saja.

Semoga cepat sembuh!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Nourul sekeluarga sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Sumber: Nourul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×