berita

Hanya Guna ‘Vending Machine’, Korang Boleh Beli Buku Kegemaran Dengan Sekelip Mata!

June 6th, 2016 | by Ai
Kini Trending

vending

Korang mesti biasa guna ‘mesin gedegang’ atau vending machine, kan? Kadang-kadang kita boleh beli soft drink dalam tin atau botol, takpun beli snek atau junk food. Kalau dulu pakai syiling, sekarang dah ada mesin yang pakai duit kertas je.

Percaya tak korang jugak boleh beli buku kegemaran korang pakai mesin yang sama? Haaa, mesti gempak kan? Dekat Singapura dah mula buat benda ni. Best gila weh! Teruja kami tengok vending machine yang hebat macam ni. Kalau ada kat Malaysia, korang mesti excited kan? Itupun kalau yang jenis suka membaca la hehehe…

Guna vending machine jual buku

books-vending-machine-national-museum-of-singapore

Sebuah syarikat penerbitan indie di Singapura telah melancarkan mesin layan diri (vending machine) untuk menjual buku. Mesin-mesin itu dipasang di tiga lokasi strategik di Singapura iaitu National Museum of Singapore, Singapore Visitor Centre dan Goodman Arts Centre.

Memetik laporan The Telegraph, mesin berkenaan bernilai hampir RM30,000 setiap satu dan sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan Singapura. Setiap mesin boleh dimuatkan dengan 150 buku dan buku daripada penulis dan syarikat penerbitan tempatan menjadi keutamaan.

“Kedai buku tak cukup kat Singapura.”

books-vending-machine-data

“Tidak ada kedai buku yang mencukupi di Singapura, jadi kami telah mengedarkan (buku kami) ke tempat-tempat lain seperti kedai runcit dan kedai pop-up. Anda mempunyai demografi yang berbeza di kawasan seperti ini.

“Mesin layan diri boleh menjadi perkenalan secara visual (kepada buku-buku yang ada). Anda tidak perlu membeli lagi tetapi kini anda akan tahu tentang kewujudan buku itu. Dan dari itu, apa sahaja boleh berlaku,” kata pemilik BooksActually Keny Leck.

booksactually-book-vending-machine

Kalau betul ada kat Malaysia, mesti best sebab kita boleh beli buku kegemaran kita dengan cepat dan mudah. Mana tau, mesin buku ‘gedegang’ ni dapat pupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat, kan?

 

Sumber: AstroAwani

SKIP THIS AD ×