Foto: timesindia
Dek kerana jelingan, seorang lelaki didakwa naik angin lalu membaling dua baldi ke arah adiknya sebelum bertindak menampar serta menjirus air teh suam ke tubuh neneknya.
Naik angin sebab jeling
Foto hiasan
Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa jam 9.30 malam berkenaan, suspek berusia 25 tahun itu dilihat pulang ke rumah dalam keadaan marah.
Insiden tersebut menyaksikan adik suspek yang berusia 23 tahun menjeling ke arah abangnya dan tindakannya itu membuatkan suspek naik angin lalu membaling dua baldi yang terkena belakang badan mangsa. Suspek juga turut menampar dan menjirus air teh suam ke badan neneknya yang berada di rumah sama.
Adik mangsa cedera di bahu manakala neneknya yang berusia 64 tahun cedera di pipi.
Kedua-dua mangsa mendapat rawatan di Hospital Ampang.
Suspek direman selama 4 hari
Foto: Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan pada Rabu dan polis turut merampas dua baldi yang digunakan dalam kejadian.
Suspek direman selama 4 hari sehingga 3/7/2022
Punca kejadian kerana mangsa menjeling ke arah suspek semasa pulang rumah.
Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page