berita

Hanya Mahu Tumpang Tandas Masjid, Pelancong Ini Jatuh Cinta Dengan Islam

August 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sesungguhnya hidayah adalah milik Allah dan sesiapa saja berhak untuk menerima hidayah itu. Siapa sangka tiga pelancong dari Jerman ini terdetik hati untuk memeluk agama Islam hanya kerana niat mahu menumpang tandas di masjid.

Berita gembira ini dikongsi oleh pendakwah Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan ketika menghadiri ceramah di Masjid Ar Rahman, Pulau Perhentian. Mereka mengakui sudah jatuh cinta dengan Islam apabila melihat kesantunan umat Islam di kawasan itu.

Mereka teruja dengar ceramah

Menurut Metro, mereka bertiga meminta izin untuk menumpang tandas di Masjid Ar Rahman dan mengakui mereka telah jauh cinta dengan layanan dan sifat kesantunan jemaah di masjid itu. Pendakwah Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan yang bertemu mereka berkata, dia mendekati warga asing itu sambil diajak berbual-bual dengan menikmati minum petang selepas dilihat agak malu.

Sepanjang perbualan itu, kami rancak berkongsi mengenai perkembangan Islam sehinggalah hampir waktu Maghrib. Kami mengajak mereka masuk ke masjid untuk melihat jemaah solat dan mendengar ceramah.

Mereka teruja mendengar ceramah disampaikan pendakwah, Dr Maulana Helmi dan saya membantu mereka memahami butiran ceramah dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.

Tidak sangka pula selepas itu mereka menyatakan minat untuk memeluk Islam dan akhirnya mereka mengambil wuduk dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan saya dan jemaah lain di masjid itu.

Berkesempatan meraikan Aidiladha

Tambah pendakwah ini lagi, dia turut mengajar tiga pelancong Jerman ini cara mengambil wuduk dan menikmati makan malam dalam talam bersama jemaah lain selepas solat Isyak. Malah, mereka juga turut berkesempatan meraikan Raya Aidiladha dan ibadah korban lembu, tempoh hari.

Malah, tiga pelancong ini turut gembira kerana rombongan dakwah dibawah pimpinan Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah di seluruh negara akhirnya menarik minat orang bukan Islam memeluk Islam.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×