Terdahulu, rekaan logo Visit Malaysia 2020 yang menampilkan dua ekor orang utan dan penyu berkaca mata telah mendapat kecaman hebat daripada netizen. Berikutan itu, rekaan baru dilancarkan memberi nafas segar menonjolkan ikon Malaysia burung kenyalang, bunga raya dan paku pakis. Namun, logo tersebut sekali lagi dikecam didakwa memplagiat shutterstock photo.
586 penyertaan reka logo melawat Malaysia
Awal tahun lalu, pengenalan logo bagi tahun melawat Malaysia 2020 ternyata mengundang reaksi negatif netizen. Tidak hanya elemen rekaan logo berkenaan dihentam, malahan slogan ‘ Travel. Enjoy. Respect’ turut menjadi pertikaian. Oleh itu, pertandingan rekaan baharu telah dilancarkan Mac lalu dan sebanyak 586 penyertaan diterima.
Logo baru
Menewaskan ratusan peserta yang lain, rekaan pereka grafik, Alfred Phua Hong Fook menjadi pilihan kerana menampilkan elemen ikon Malaysia iaitu burung kenyalang, bunga raya dan paku pakis.
Tolak dakwaan plagiat
What a moment! ??
Alfred Phua, graduate from INTI Center of Art & Design’s Graphic Design program in collaboration with Sheffield Hallam University, UK had the greatest honor of presenting his design as the official logo for Visit Malaysia, Truly Asia 2020 campaign to Tun M. pic.twitter.com/n8mnJ3QElX
— INTI_edu (@INTI_edu) July 22, 2019
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi menyifatkan tindakan pengkritik logo Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai kurang bijak. Beliau juga secara tegas akan terus mengekalkan logo dan menganggap kritikan sebagai kurang berasas.
Kita kekalkan pasal kritikan itu tidak berasas, bukannya satu kritikan orang yang bijak, kalau kritikan orang bijak kita akan lihat balik, kritikan tidak bijak jadi kita abaikan sahaja.
Beliau turut menolak dakwaan logo tersebut telah diciplak memandangkan itu adalah idea kreatif pemegang ijazah rekaan grafik itu sendiri. Malah, pereka tersebut juga memenangi anugerah dalam seni lukis.
Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri. Hanya orang yang tidak pandai lukis akan meniru.
Tambahnya lagi, mereka yang mempertikaikan slogan ”Visit Truly Asia Malaysia‘ berkemungkinan tidak memahami maksud mendalam memandangkan frasa ditulis dalam bahasa Inggeris.
Sumber : Astro Awani