Pelakon hebat, Nabila Huda atau mesra disapa Abil menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinannya yang kelapan tahun buat suami tercinta, Mohd Izwan Johar menerusi satu hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ni Memang Kena Jadi Suami, Aku Akan Cari Mak Ayah Dia’ – Nabila Huda Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami
Banyak bersabar dan melayan Abil
@abilsuhaimi Happy 8th anniversary to the one and only yang paling bersabar melayan dan bertahan dengan wanita yang paling drama , degil dan unpredictable mood swing bernama Nabila Huda bt Suhaimi..Semoga terus kuat bersabar sampai akhir hayat ya sayang! The best husband goes tooooooo…*drumroll* haha! I love you so much Mohd Izwan..?? #Fyp ? original sound – Nabila Huda
Menerusi hantaran tersebut, Nabila memuat naik momen lucu memaparkan Izwan yang sedang bersiap-siap untuk berangkat ke surau bagi mengerjakan solat sambil menulis ucapan mengharukan buat suaminya itu di ruangan kapsyen.
Menurut Nabila, Izwan merupakan seorang suami yang banyak bersabar dan sentiasa melayan karenahnya meskipun perlu berdepan dengan dirinya yang banyak ‘drama’ sepanjang perkahwinan mereka.
Nabila juga menitipkan ucapan terima kasih dan berdoa agar perkahwinannya dan suami berkekalan hingga akhir hayat.
Happy anniversary kelapan tahun to the one and only yang paling bersabar melayan dan bertahan dengan wanita yang paling drama, degil dan unpredictable mood swing.
Semoga terus kuat bersabar sampai akhir hayat ya sayang! I love you so much Mohd Izwan.
Hantaran yang dimuat naik tersebut pastinya mendapat respon wargamaya yang ternyata terhibur melihat momen yang dikongsikan Nabila bersama suaminya itu.
Mereka juga mendoakan agar hajat Nabila yang mahu dikurniakan zuriat lagi dimakbulkan Allah SWT.
Sekadar info, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi telah mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan jejaka bernama Zaidy Zalian pada 2008 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 15 tahun.
Respon netizen
Sumber: TikTok