Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistime, Allahyarham Zayn Rayyan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kecederaan Akibat Mempertahankan Diri’- Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Rayyan – ‘Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je’
Kenangan terakhir
Menerusi hantaran di Instagram (IG), ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi antara momen terakhir mereka bersama arwah iaitu sehari sebelum kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang.
Menurut Ismanira anak sulungnya itu kelihatan sangat gembira ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember. Ini last mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan.
Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan..dapat pusing-pusing mall makan-makan, memang happy sangatlah dua beradik ni.
Penat ke sibuk macam mana sekali pun mommy dengan daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan. Happy sangat abang waktu ini.
Difahamkan ketika ini pihak berkuasa masih giat mencari bahan bukti terutama di kawasan perumahan Apartmen Idaman, Damansara Damai meskipun siasatan telah masuk hari ke sembilan.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran apartmen tersebut.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh.
Sumber: IG Ismanira