berita

Haqiem Rusli ‘Chop’ Tiga Tempat, Iman Troye & Bunga Mara Ke SFMM36

December 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Segala persoalan mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik Muzik 36 Separuh Akhir (SFMM36) telah pun terjawab. 30 buah lagu ini bakal berentap pada 31 Disember depan disusuli 1 Januari 2022.

Artikel Berkaitan: Naim Daniel & Haqiem Rusli Antara 10 Yang Pertama Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Artikel Berkaitan: Penyanyi Wanita Dominasi SFMM36, Misha Omar & Aina Abdul Antara 10 Lagu Layak

Haqiem Rusli ‘chop’ tiga tempat

Menerusi siaran langsung Muzik Muzik 36 yang disiarkan di TV3, hosnya Sissy Imann dan Muaz Mohamed mengumumkan senarai lagu yang terpilih.

Berikut ialah senarai 10 lagu ketiga Muzik Muzik 36 yang berjaya mara ke separuh akhir:

  1. Khai Bahar & Aina Abdul (Nafas Cinta)
  2. Kmy Kmo, Luca Sickta & Datuk Jamal Abdillah (Neraca)
  3. Ernie Zakri (Boneka)
  4. Muna Shahirah & Zack Zakwan (Bagaimana)
  5. Kugiran Masdo (Lautan Asmara)
  6. Haqiem Rusli (Adlina Marie)
  7. Iman Troye (Teman)
  8. Noraniza Idris & Bunga (Intan Payung)
  9. Siti Nordiana (Angkara)
  10. Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli (Lara)

Target semua lagu mara

Dalam pada itu, penyanyi Haqiem Rusli, 23, menyatakan dia meletakkan target untuk tiga buah lagunya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Bagaimanapun, pelantun lagu Tergantung Sepi akui risau dengan kesihatan diri dan momentum persembahan memandangkan ini kali pertama diadakan dua episod untuk SFMM36, berbanding tiga episod selama ini.

Saya harapkan yang baik-baik saja untuk tiga lagu yang mara ini. Kalau boleh, saya nak tiga ini mara ke AJL, itu salah satu target. Tapi kalau tak dapat, satu pun dah cukup.

Kebimbangan itu dari segi kesihatan dan juga momentum persembahan saya. Saya takut dengan benda-benda kecil saja. Contohnya suara jadi serak, muka nampak penat.

Saya takut tapi insya-Allah ada jalan penyelesaian. Paling penting kena tidur yang cukup, latihan yang tidak keterlaluan dan mindset positif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Sumber: Instagram @imantroye, @bungaisme

SKIP THIS AD ×