berita

‘Harap Kita Dapat Tutup Buku’ – Caprice Tetap Teruskan Sesi IG Live Malam Ini

July 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Keresahan yang dicetuskan oleh penyanyi rap, Caprice mengenai halangan yang dihadapinya untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine dilihat sedikit reda selepas dirinya tampil membuat permohonan maaf baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Akui Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Artikel berkaitan : ‘Tak Ada Siapa Pertikai 10000001 Benda Baik Yang Dia Buat’ – Caprice

Artikel berkaitan : ‘Saya Tak Boleh Tidur’ – Caprice Sedih Sahabat Baik Tiba-Tiba Senyap & Tak Bagi Kerjasama Selepas Isu Viral

Terbaru, timbul pula tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai sesi live yang bakal diadakan oleh Caprice pada pukul 10 malam nanti.

Caprice dah padam poster?

Menurut netizen, Caprice dipercayai telah memadam kesemua posting mengenai poster sesi live tersebut di akaun Instagram miliknya. Oleh itu, mereka tidak pasti sama ada penyanyi tersebut akan mendedahkan perkara sebenar atau tidak kepada umum mengenai isu apa sebenarnya yang berlaku di Gaza. Netizen turut mendakwa, pelantun suara ‘Kau Hade’ ini memadam poster berkenaan setelah selesai melakukan permohonan maaf.

Doa untuk saya

Terbaru, Caprice memberitahu bahawa dia akan meneruskan sesi live malam ini di Instagram. Menurutnya, sesi live tersebut dapat menutup segala kisah sebelum ini dan masing-masing akan pandang ke hadapan demi kebaikan bersama. Di samping itu, Caprice dipercayai tetap meneruskan misi di Gaza seorang diri meskipun semua pasukannya sudah pulang ke Malaysia. Jelasnya, perjalanan jihad kali ini paling mencabar namun dia percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

Cara Caprice silap juga, harap-harap selepas IG live nanti kita dapat tutup buku yang lepas dan jalan terus ke depan.

Sebelum ini, Caprice mengakui bahawa kesilapan yang telah berlaku berpunca daripada dirinya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sekalipun. Malah, dia turut meminta maaf kepada ayah dan ibunya kerana telah membuat mereka risau tentang keselamatan dirinya.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×