berita

‘Harap Netizen Tak Bercakap Isu Ini Lagi’ – Umie Aida Kongsi Video Peluk Erra Fazira

June 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Persengketaan antara dua pelakon hebat Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira akhirnya temui jalan penyelesaian dan kedua mereka telah bersemuka bagi menyelesaikan masalah sebelum ini. Sebelum ini, pelakon Dukun itu telah memuatnaik posting di IG Story yang mendakwa dirinya dikhianati oleh sahabat baik.

Sementara itu, Erra Fazira tampil membuat kenyataan di akaun Instagram dan posting itu dituju kepada Umie Aida. Terbaru, Umie Aida kongsi keratan video pendek menyaksikan mereka berdua telah bersemuka dan berpelukan.

Semua salahkan aku…

Sekian terima kasih

Dua keratan video pendek ini telah dimuatnaik menerusi akaun IG Story Umie Aida yang bertarikh 14 Jun 2019 pada jam 12.00 pm. Video ini juga dapat disaksikan kedua pelakon telah bersemuka dan berpelukan bagi menjernihkan persengketaan yang terjadi sebelum ini.

Malah, Umie Aida turut disertai kapsyen yang berbunyi, “Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia. Ya Allah” dan “Sekian terima kasih… dan harap netizen tak bercakap isu ini lagi. Semoga kita semua di dalam rahmatNya. Amin”.

Sumber: Umie Aida

SKIP THIS AD ×