Datuk Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu akui masih menjalinkan hubungan rapat sebagai kawan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira ‘Support’ Datuk Red Berniaga Di Festival, Netizen Doa Mereka Rujuk Semula – ‘Sebab Itu Dia Special Di Hati’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Bangkit Semula’ – Datuk Red Akhirnya Buka Mulut Selepas Bercerai, Kongsi Foto Termenung Di Mahkamah
‘Jadi kawan baik pun saya reda je’
Ketika ditemui OhBulan! di Rumah Terbuka Mstar yang berlangsung di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur, Datuk Red berharap agar rumah tangganya bersama Adira dapat disatukan kembali namun reda dengan segala takdir dan ketentuan Ilahi. Tambah Datuk Red lagi, meskipun dia dan Adira sudah sah bercerai pada 24 April lalu tetapi mereka kini selesa berkawan.
Harapan saya memang nak kembali bersama tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak guna. Kehidupan berumah tangga ni, biar dua-dua setuju. Kalau seorang tak setuju, saya reda je.
Sebenarnya, kami selesa berkawan. Tak nak gaduh-gaduh. Jadi kawan baik pun saya reda je.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai dakwaan segelintir yang menyifatkan Datuk Red memberi layanan berbeza kepada kedua-dua isterinya, dia menjelaskan perkara itu disebabkan Datin Red atau nama lengkapnya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim yang tidak suka tampil di media sosial.
Memang betul pun orang nampak layanan saya kepada Adira dan Datin Red berbeza. Sebab Datin memang tak suka keluar di media sosial. Tapi Adira ni lain pula, dia pun selalu tolong saya. Datin banyak support saya dari belakang.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Manakala Sharifah memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.
Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.
Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.