berita

‘Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba’ – Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

June 23rd, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Umum sedia maklum, hubungan antara pelakon Nabila Huda dan ayahnya, Amy Search serta ibu tiri, Nourish renggang sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini, Nabila Huda sering meluahkan isi hatinya terkilan tidak dapat beraya bersama ayahnya itu.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah video yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Amy Search ini pasti mengundang sebak. Part Nabila Huda peluk erat ibu tirinya itu paling mencuri perhatian netizen.

Aku peluk dia kuat-kuat

Menerusi Instagram Amy Search memuatnaik sebuah rakaman video surprise hari ulang tahun kelahiraan buat isteri tercinta. Suasana yang romantis itu turut diiringi dengan lagu A Thousand Years, nyalaan api lilin dan sebiji kek.

Tambah penyanyi ini, dia turut mengakui hari itu merupakan saat terindah buat dirinya. Dia turut berkongsi momen paling manis yang pernah Ermaa Fatima dan Nourish buat untuk mempertemukan Amy Search bersama anaknya, Nabila Huda dan sekeluarga.

Hadiah terindah

Sementara itu, Amy Search sempat berkongsi ucapan istimewa di Instagram buat isterinya sempena hari ulang tahun kelahiran. Dia bersyukur kerana dikurniakan Nourish dan meluahkan rasa cinta khas buat isterinya itu.

Sumber: Amy Search

SKIP THIS AD ×