berita

‘Hari Ini Sepatutnya Ayash Affan Dilahirkan Tapi Diganti Jadi Hari Pertama Medical Check Up Ayash Tanpa Ibu’

September 30th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pada 14 September lalu, suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Shuib berkongsi khabar gembira apabila anak bongsunya, Ayash Affan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas 39 hari dilahirkan.

Artikel Berkaitan: ‘Sehari Sebelum Hari Lahir Arwah Siti Sarah, Ayash Affan Keluar Dari Hospital’ – Shuib

Artikel Berkaitan: ‘Muka Ayash Affan Macam Daddy Lah Ibu, Memang Special Sangat Hadiah Dari Ibu’ – Shuib

Menerusi perkongsian terbaru Shuib di Instagram, dia memaklumkan bahawa pada hari ini Ayash Affan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

‘Hari ini sepatutnya Ayash Affan dilahirkan’

Berdasarkan perkongsian tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad memaklumkan pada hari ini bersamaan 30 September 2021 sepatutnya merupakan tarikh kelahiran Ayash Affan. Menurut Shuib, tarikh tersebut merupakan tarikh yang dipilih oleh mereka sekeluarga selepas berbincang dengan doktor namun perancangan Allah SWT adalah jauh lebih baik.

Siapa sangka, rupa-rupanya tarikh tersebut diganti menjadi hari pertama anak bongsunya itu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Esok (hari ini) 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash Affan dilahirkan. Tarikh yang kami pilih dan dah bincang dengan doktor. Tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

Esok (hari ini) 30 September 2021 diganti menjadi hari pertama medical check up Ayash Affan tanpa ibu. InsyaAllah sabarlah wahai hati. I love you sayang.

Terdahulu, Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan selepas Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ditidurkan akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Dalam perjalanan ke hospital

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×