berita

[VIDEO] Anak-Anak Kongsi Momen Bahagia Bersama Siti Sarah Undang Sebak – ‘Jangan Sedih, Sebab Ibu Ada Di Syurga’

September 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

momen siti sarah

Anak-anak kepada penyampai radio dan usahawan, Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin membuat ramai yang tersentuh hati apabila mereka bercerita tentang kenangan manis bersama arwah Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Tular Kanak-Kanak Perempuan Mirip Arwah Siti Sarah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Bawa Watie Makan Siput Sedut Di Kedai Kegemaran Siti Sarah -‘Penuh Kenangan, Masa Bercinta Dulu’

Momen bersama ibu

momen siti sarah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, tiga beradik itu berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan semasa ibu mereka masih ada.

Dalam masa yang sama, anak ketiga daripada pasangan tersebut iaitu Matin menitipkan nasihat buat mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.

Jogging dengan ibu, masa tu dekat rumah, kami jogging dan singgah beli nasi lemak.

Pergi IOI dan beli makanan. Best tu!

Ibu nak suap Matin. Ibu buat bulat bulat (nasi kepal) baru dia suap. Awak kena hargai ibu, dengar cakap ibu. Kena sayang ibu awak, kena doa mak atau ayah awak yang dah tak ada.

Sementara itu, satu-satunya anak perempuan Shuib iaitu Talita dilihat tak mampu menahan sebak dan menangis apabila dia berkongsi kata-kata semangat buat mereka yang telah kelihangan ibu bapa.

Jangan sedih, sebab ibu itu sudah berada di syurga. Kalau rindu dekat ibu, baca Al-Fatihah banyak-banyak untuk dia. Ada orang yang dah tak ada ibu bapa lagi kesian. Siapa yang ada ibu, bersyukurlah. Jangan melawan. Ada ramai orang tak ada ibu sebab sudah meninggal dunia.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki iaitu Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

@sitisarahshuib84

Selamat Ulang Tahun Ibu ? #Talita #AriqMatin #UwaisAlqarni #shuibsarah

? original sound – Siti sarah raissuddin – Siti sarah raissuddin

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×