Tanpa sebarang perkhabaran sedang menanggung derita apa-apa penyakit, penyanyi Maya Matahari menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu. Berita itu nyata mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka penyanyi yang pernah membuat kemunculan semula menerusi Gegar Vaganza akan pergi secepat ini.
Rakan artis, Nazia Mustafar dan Amyza Aznan meluahkan isi hati setelah melalui sahabat rapat yang disayangi mereka ini.
Kongsi susah senang bersama
Menurut Nazia yang juga pelakon drama suatu ketika dulu, dia merindui persahabatan dengan arwah kerana mereka jarang berjumpa setelah masing-masing mendirikan rumah tangga. Dia juga meluahkan rasa ralat kerana sahabatnya itu disifatkan pergi terlalu awal.
Innalilahiwainnalillahirajiun. Kau pergi jua. Maya, jauh didalam hati aku ni, aku rindukan kenangan lama kita, kita sama-sama susah senang kongsi segalanya, kita bergaduh pastu baik sebab dan kita lebih mengenali diri masing-masing sebagai sahabat, aku rindu semua tu.
Tapi bila aku, kau @iedamoin79 @amyzaaznankaaia dah kawin, masing-masing ada jalan hidup masing-masing. Kita jarang jumpa tapi kita masih lagi bersahabat. Tak call tak jmpa tak bermakna kita lupa bukan. Tapi kenapa kau pergi terlalu awal, sebab kita belum lagi habis bercerita tentang kita, kau hentikan cerita kita kat sini Ayaaaa.
Allahuakhbar. Ya Allah. Kau letakkanlah sahabat aku ni disyurga-Mu ya Allah. Allahuakhbar. Tunggu aku tau. Masa aku pun akan tiba. Semoga Allah temukan kita untuk kali kedua.
Langsung tak menangis
Aku rahsiakan sakit kau
https://www.instagram.com/p/B934OtBlVR1/
Sementara itu, seorang lagi rakan arwah, Amyza Aznan memuatnaik video persembahan Maya ketika rancangan realiti berkenaan mendendangkan lagu asal Farawahida, Hilangkan Segalanya.
Menurut Amyza, ketika persembahan itu, tiada siapa pun tahu mengenai sakit kanser sarcoma yang ditanggung, dan pelawak ini telah menjalankan tanggungjawab merahsiakan sakit arwah dari pengetahuan umum.
Sumber: Nazia Mustafar, Amyza Aznan