berita

Haritu Bendera PKR, Kini Baju Melayu & Jalur Gemilang Di World Cup Russia!

June 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Demam World Cup melanda seluruh dunia ketika ini. Walaupun masih dalam mood beraya, peminat bola sepak masih tidak melupakan perlawanan pasukan kegemaran untuk ditonton bersama rakan-rakan.

Berbeza dengan seorang peminat tegar bola sepak, Putra Tashrinudin Tajudin apabila dia mengambil keputusan beraya sambil menonton Piala Dunia di Rusia! Win habis!

Berbaju Melayu siap bersampin tengok bola!

Jika sebelum ini bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkibar di stadium ketika salah satu perlawanan berlangsung, kini tiba pula ‘Malaysia’ sampai ke sana. Putra Tashrinudin mengenakan sepasang baju Melayu berwarna krim bersama sampin songket dan songkok.

Kapsyen gambar di Facebooknya turut meluahkan rasa kecintaan dan semangat patriotiknya kepada  negara sebab berbuat demikian.

Bangga dengan baju Melayu dan Jalur Gemilang. Baju Melayu ke World Cup 2018 Russia. Saya sayang Malaysia.

Mahu tunjuk pada dunia

Anak kelahiran Perak itu katanya mahu menunjukkan persalinan baju kebangsaan berkenaan kepada dunia dan menganggap acara bola sepak yang ditunggu-tunggu itu adalah medan terbaik memandangkan peminat seantero dunia tertumpu di sana.

Turut dibawanya selain bendera Malaysia adalah bendera negeri Perak tempat dia dilahirkan.

Ditemubual media tempatan

Persalinan itu nyata mendapat perhatian ramai dan membuatkan penonton yang hadir tertanya-tanya dengan apa yang dipakainya itu.

Tambah Putra lagi, dia turut oleh pihak stesen TV di Russia yang bertanyakan pengalaman dan pakaiannya di sana.

Saya gementar dan teruja dalam masa sama tapi saya dapat menceritakan dengan baik apa yang dipakai ketika ditemubual.

Sumber: New Straits Times, Putra Tashrinudin Tajudin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×