Pelakon meningkat naik Hariz Hamdan akui mengimpikan untuk membawakan watak Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kaki pukul.
Artikel Berkaitan: ‘Badan Awak Sedaplah, Boleh Tak Nak…’ – Hariz Hamdan Dedah Pernah Diganggu Kaum Lelaki
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Kelab Malam’ – Hariz Hamdan Nafi Cium Pelakon Wanita
Watak OKU
Ketika ditemui OhBulan!, Hariz berkata dia ingin keluar dari zon selesanya dan berpendapat watak tersebut berbeza dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
Banyak karakter yang saya idamkan, saya belum main watak OKU, kaki pukul dan beberapa lagi.
Kebanyakkan sebelum ini saya asyik main watak anak orang kaya, pewaris Megah Holdings.
Jadi sekarang saya cuba sedikit kerana risau orang akan cop saya dengan watak yang sama sahaja.
Saya nak cuba watak-watak lain yang lebih muda dan aksi.
Hariz berkata demikian ketika ditemui pada acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Acara tersebut turut dihadiri oleh duta Asics dari Thailand iaitu Pon Nawasch.
Ketika disoal mengenai pengalaman bekerjasama dengan Pon, aktor berusia 22 tahun itu menjawab dia berasa selesa dan teruja.
Pon sangat baik dan sempoi, saya suka lihat gaya dia dan suka kongsi banyak tips dengan saya. Kami bertemu dekat event Asics di Vietnam dulu.
Jenama ini juga banyak membantu saya lebih mudah melakukan aktiviti sukan.