Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan mendedahkan pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu apabila diejek gemuk disebabkan berat badan mencecah 98 kilogram sewaktu usianya 14 tahun.
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Elak Kontroversi Panas, Selalu Fikir Perasaan Mak Ayah
Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Ketika Usia Empat Tahun, Hariz Hamdan Mengaku Fobia Darah
Diejek gemuk
Ketika ditemui OhBulan! Hariz berkata dia tidak melenting dengan hinaan tersebut, sebaliknya mengambil langkah bijak dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti bersukan dan berjogging.
Jelas Hariz, setiap orang termasuk dirinya mempunyai peluang untuk mengubah gaya hidup.
Saya mula berlari dan bersukan sejak umur saya 15 tahun. Saya suka bersukan sebab dulu ada masalah body dysmorphic sebab terlalu gemuk. Dulu berat saya cecah 98kg masa usia 14 tahun.
Setiap kali lihat diri saya dalam cermin saya akan rasa down dan tertekan. Saya berfikir tidak layan untuk terus jadi gemuk kerana setiap orang termasuk saya ada peluang untuk mengubah sesuatu.
Jadi semua orang juga ada peluang dan kenapa tidak gunakan peluang itu (kurus) dengan sebaiknya dan beri yang terbaik pada diri sendiri.
Oleh sebab itu sekarang saya terapkan pada diri untuk sentiasa bersukan dan gunakan tenaga yang ada dengan sebaiknya.
Hariz berkata demikian ketika ditemui pada program Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan yang berlangsung di Arena Universiti Malaya, pada Khamis.
Sementara itu, disoal pernahkah terlintas melakukan perkara diluar jangkaan ketika dihina, aktor berusia 21 tahun itu berkata dia masih waras dan mampu mengawal dirinya.
Saya juga dihina gemuk dengan beberapa panggilan seperti ‘Hariz Mok’ dan lain-lain lagi.
Tapi tidak lah sampai saya nak buat perkara yang tidak baik sebab dihina. Saya masih kawal diri saya. Saya tahu apa yang baik apa yang buruk.
Justeru pada saya, daripada saya buat perkara tidak baik sebab dihina gemuk, lebih baik saya ambil langkah yang betul dan badan saya pun jadi sihat. Saya jogging dan bersukan.
Celebrate Earth Day
Selain Hariz, program Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan anjuran jenama Asics itu turut disertai oleh Vanidah Imran, Azah Aziz, Syazwan Zulkifli, Hawa Rizwana dan ramai lagi.
Berkongsi lanjut mengenai perasaannya, Hariz berkata dia gembira dapat meluangkan masa bersama rakan selebriti yang lain.
Program ini antara program tahunan bersama Asics antara saya bersama rakan selebriti dan pihak media. Dalam masa sama program sebegini dapat eratkan hubungan antara saya dan mereka.
Dalam perkembangan lain, Hariz kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Bunga Salju bersama barisan pelakon tanah air seperti Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.