Meskipun sudah bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata, pelakon Harris Alif mendedahkan masih berdepan godaan daripada wanita lain termasuk rakan seindustri.
Artikel Berkaitan: Harris Alif Tetap Sayang Intan Ladyana Walaupun Tak Boleh ‘Maintain’ Berat Badan – ‘Saya Cinta Dia’
Artikel Berkaitan: Harris Alif Kongsi Berita Gembira, Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Godaan wanita lain
Memilih untuk tidak melayan, Harris atau nama lengkap Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, berkata, dia sentiasa mengawal diri dan menyedari statusnya sebagai suami orang.
Of course ada (godaan), tapi dia berbalik pada diri sendiri. Kalau saya kuat untuk menangkis semua benda itu, insya-Allah tak ada apa-apa.
Tapi gangguan tu ada DM. Menjadi-jadi godaan selepas dah kahwin, Ada yang kata suami orang lebih bertanggungjawab. Malah, ada juga rakan artis yang mencuba nasib.
Tapi jangan melayan je lah, saya ambil konsep jangan terlalu melayan. Kalau terlalu melayan kan nanti jadi masalah juga. Saya pun sedar diri, saya ini suami orang, kena kawal.
Harris berkata demikian ketika ditemui di sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mesej, gambar lucah
Berkongsi lanjut, suami kepada aktres Intan Nurladyana itu memberitahu bentuk gangguan yang diterima adalah menerusi kiriman mesej dan gambar tidak senonoh di Instagram.
Gambar macam-macam, mengucap kalau tengok. Memang tak sedap mata memandang orang kata, lagi-lagi perempuan.
Tak adalah setiap hari tapi boleh kata kerap jugalah. Seram-seram saya delete je.Delete je lah takkan nak tengok dan simpan gambar-gambar tu.
Dalam pada itu, disoal adakah dia memaklumkan kejadian tersebut kepada isterinya, Harris menjawab dia sentiasa terbuka dengan Intan.
Saya tunjuk dan kongsi dengan Intan, dia gelak je. Sebab dia tahu saya macam mana.
Mungkin sebab dia dalam industri, jadi dia faham. Saya rasa kalau saya dapat isteri yang keluar dari industri mungkin akan jadi konflik.
Sekadar info, Harris dan Intan, 41, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Evie, 2, dan Umayr yang kini berusia sepuluh bulan.