Solat Jumaat merupakan solat yang wajib disempurnakan oleh setiap lelaki Islam pada hari jumaat. Stesen televisyen tempatan seperti RTM turut akan menayangkan siaran langsung solat Jumaat untuk berkongsi kepada para penonton terutama suri rumah mendengar perkongsian khutbah pada waktu itu.
Hari ini, siaran langsung solat jumaat telah menjadi tumpuan apabila seorang lelaki sedang melakukan solat sambil mendukung anaknya. Foto-foto tersebut telah viral apabila Shareen Omar berkongsi di lama Facebook. Sesetengah netizen yang berpendapat bahawa solat lelaki itu tidak sah. Namun ada yang menyokong perbuatan yang dilakukan lelaki tersebut.
Patut dijadikan contoh
Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan sebuah stroller bayi dihadapannya. Dia berkemungkinan terpaksa menjaga anaknya itu. Berkemungkinan isterinya mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan sehingga dia terpaksa mendukung sambil solat.
Tiada alasan untuk tidak solat
Cara dia menyempurnakan solat menarik perhatian ramai dan turut mendapat pujian kerana memberi contoh yang baik terutama kepada golongan baru yang menjadi bapa. Tiada alasan untuk tidak menyempurnakan solat walaupun perlu menjaga anak.
Yang kecam belum tentu pergi solat
Rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki itu walaupun ada sesetengah yang mempersoalkan taraf sah solat jumaatnya itu. Apa-apa pun lelaki tersebut wajar mendapat pujian kerana anaknya tidak menggangu jemaah lain yang turut menyempurnakan solat tersebut.
Sumber: Shareen Omar