berita

‘Hati Ibu Mana Tidak Remuk’ – Ibu Remaja Autisme Mohon Laporan Ditarik Balik

September 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, seorang remaja autisme ditahan polis selepas didakwa menyentuh dada seorang remaja wanita di tempat awam. Ekoran insiden itu, Ahmad Ziqri ditahan reman selama empat hari.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tidak Salahkan Pengadu’ – Ibu Remaja Autisme Lega Anak Dibebaskan Tapi…

Ibu remaja autisme, Datin Hasnah Abd Rahman berharap pengadu menarik balik laporan polis terhadap anaknya itu.

Hari ibu mana tidak remuk

Datin Hasnah Abd Rahman khuatir segala perundangan yang dikenakan ke atas anaknya akan menjejaskan keadaan. Menurutnya, Ahmad Ziqri masih tidak menyedari situasi sebenar. Tambahnya lagi, dia sangat memahami situasi dan keadaan pengadu namun berharap segala laporan polis ditarik semula.

Saya harap mereka dapat tarik semula laporan polis terhadap anak saya. Sudah tentu saya harap laporan itu ditarik semula. Mana-mana ibu bapa kepada anak autisme sudah pasti mahu perkara seperti ini diselesaikan.

Saya harap sangat kes ini tidak berpanjangan sehingga ke mahkamah kerana Ziqri tidak mungkin mampu mengharunginya, apatah lagi dia tidak tahu bagaimana mahu mempertahankan diri.

Insiden itu berlaku semasa mereka sekeluarga keluar menikmati makan malam di restoran di Subang Jaya. Ahmad Ziqri berlari dan masuk ke beberapa kedai disitu kemudian bertindak menyentuh dada seorang gadis tanpa disedari ibunya.

Hati ibu mana yang tidak remuk melihat anaknya digari begitu. Pihak yang menjadi mangsa juga ada di balai polis tadi, tapi kami tidak berkomunikasi kerana bimbang keadaan menjadi semakin rumit.

Temu ramah mangsa

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×