berita

Hattan Anggap Diri Tidak Sesuai Untuk Bercinta Lagi

November 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Mempunyai seorang anak dan pernah berkahwin dengan dua orang wanita namun telah pun berpisah mengajar Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin tentang erti cinta. Bagi penyanyi yang popular dengan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini, umurnya yang sudah mencecah 47 tahun dianggap tidak sesuai lagi untuk bercinta.

Selepas bercerai dengan isteri pertama pada tahun 2005 dan isteri kedua pada awal tahun 2012, Hattan kini tidak berhasrat untuk mencari pengganti malah turut mengaku bahawa hasratnya sebelum ini untuk bersama isteri pertamanya kembali iaitu Arianie Mohd Abidin turut dilupakan.

“Secara jujurnya saya sudah malas nak memikirkan soal kahwin lagi kerana sudah letih tambahan pula pada usia sekarang macam sudah tidak sesuai untuk kembali bercinta. Buat masa ini memang saya tidak mempunyai sesiapa dalam hidup melainkan kerjaya dan anak lelaki tunggal iaitu Adam,” jelas Hattan merujuk pada kenyataannya kepada mStar Online

Namun begitu, Hattan turut menjelaskan bahawa hubunganya bersama isteri masih rapat demi anak tunggal mereka, Adam Eiman yang kini sudah berusia 14 tahun

“Kalau ada jodoh saya dengannya lagi saya akan terima dan kalau tiada saya dan dia masih berbaik demi kepentingan anak kami,” ujar Hattan lagi.

Jodoh terletak di tangan Tuhan, jika dibenarkan, maka adalah ia.

×