berita

Hattan Kahwini Arianie Buat Kali Kedua

July 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hattan & Arianie

Akhirnya, selepas bercerai pada tahun 2005, selebriti iaitu Hattan telah sah bernikah semula dengan bekas isterinya, Datin Arianie Abidin, petang semalam (24 Julai).

Menerusi laporan mStar Online, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Hattan ketika ditemubual menjelaskan, kerana terlalu gembira, penyanyi ini telah tersasul sehingga menyebabkan beliau terpaksa melafaz akad nikah buat kali kedua.

“Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.

“Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama.”

Manakala, Arianie pula memberitahu bahawa beliau berharap agar perkahwinan mereka buat kali kedua ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula.

“Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.”

Menariknya, perkahwinan kali kedua buat pasangan ini pastinya akan menjadi sebuah memori yang indah bagi Adam Eiman, 15, anak lelaki hasil perkongsian hidup Hattan & Arianie sebelum ini.

Untuk pengetahuan, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada tanggal 10 Mac 2005. Tahniah diucapkan pada Datuk Hattan dan Datin Arianie. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

SKIP THIS AD ×