berita

Hazama Mahu Lari Dari Imej Poyo

July 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

hazama_news+(1)

Tak berapa lama dahulu, ada desas-desus yang mengatakan Hazama ini seorang yang poyo kerana kelantangannya dalam menyuarakan dan mempersoalkan sesuatu.

Disebabkan perkara itulah, Hazama berani tampil dengan album sulung berjudul Penglipur Lara yang sedikit sebanyak berkaitan dengan dirinya sebagai seorang penghibur.

Sebelum ini ada keluar isu yang kata saya poyo. Sebab itu keluarnya lagu Penglipur Lara ini.

Menurut Hazama, lagu ini merupakan penjelasan kepada umum dan peminat mengenai label yang diberikan kepada dirinya serta kebanyakan artis lain.

Kita ni cuma nak berhibur sahaja. Mungkin kita terpaksa poyo di atas pentas sebab kita nak bagi sesetengah orang gembira tapi ada juga yang salah faham tentang apa yang saya cakap, apa yang saya buat.

Screen Shot 2013-07-05 at 12.09.08

Persembahan Hazama di Bentley Music malam semalam

Untuk pengetahuan umum, album Penglipur Lara memuatkan sembilan lagu namun terdapat tiga buah lagu yang liriknya ditulis oleh Hazama sendiri iaitu Dengarlah, Semalam dan Noktah.

Hazama yang ditemui ketika Mini Showcase dan majlis pelancaran album malam semalam turut memperkenalkan band Penglipur Lara yang dianggotai olehnya.

Tujuan saya adakan mini showcase ini pun untuk memperkenalkan band saya. Bila ada live show saya akan buat persembahan dengan mereka. Bukan apa, saya dah bosan dengan minus one. Jadi bila ada live muzik rasa lebih seronok.

Menyentuh soal peribadi pula, Hazama menjelaskan hubungannya bersama kekasih hati masih lagi seperti dulu namun penyanyi dan pelakon ini belum terfikir untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Album saya baru keluar, kalau boleh bagilah saya fokus kepada kerjaya dahulu. Saya rasa saya belum sesuai untuk menjadi suami orang lagi. Kekasih saya pun sangat memahami.

Jom dengar lagu Penglipur Lara oleh Hazama di bawah. Kalau diamati, liriknya sedikit sebanyak ada mengandungi unsur sarkastik juga. Apapun, anggaplah ianya sebagai sebuah lagu untuk berhibur sahaja. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=DCEUbiNjgUc

SKIP THIS AD ×