berita

Haziq Hussni Sahut Cabaran Mengacara Melodi

August 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengacara Haziq Hussni secara rasmi menjadi hos program Melodi TV3 bersama Ain Edruce bermula Ogos.

Haziq diperkenalkan kepada penonton secara langsung dalam program Melodi yang disiarkan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam.

Artikel Berkaitan: Haziq Hussni & Sean Lee Antara Dua Nama Bakal Pengacara Baharu Melodi Bersama Ain Edruce?

‘Bucket list’ tercapai

Ketika ditemui OhBulan!, Haziq, 31, meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk mengendalikan program hiburan nombor satu akhirnya termakbul.

Alhamdulillah, rezeki saya untuk sertai team Melodi. Saya rasa berbesar hati dapat mengacarakan Melodi program hiburan nombor satu.

Pengacara mana yang tak nak mengacara Melodi, ia ibarat satu cita-cita yang sudah berjaya saya capai sejak menceburi bidang pengacaraan.

Ditanya mengenai keserasian bergandingan dengan Ain, pemilik nama Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata tidak susah untuk bekerjasama kerana mereka sudah lama mengenali.

Melodi merupakan program pertama yang menggandingkan saya dengan Ain. Kami memang kawan rapat. Jadi tak ada masalah. Dapat pula partner yang gila-gila, memang tak susah nak cari keserasian.

Kami masing-masing tahu cara terbaik untuk menyampaikan berita. Saya harap agar gandingan kami dapat diterima ramai dan menerima maklum balas yang positif.

Tak ada ujibakat

 

Sementara itu, Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif berkata Haziq sesuai dengan ‘DNA’ dan perkara itu terbukti apabila tidak ada sesi ujibakat yang dilakukan bagi pemilihan hos.

Haziq merupakan pilihan yang tepat sebab pengalaman hosting yang dia ada.

Kami gandingkan Haziq dengan Ain agar dapat menceriakan lagi cara penyampaian cerita supaya more lively, sebab itu kami wujudkan dua hos.

Saya percaya gandingan mereka ini relevan dengan selera penonton Melodi.

Terdahulu, Ain Edruce yang juga pelakon dipilih menjadi hos baharu Melodi bagi menggantikan Nabila Huda bermula 3 Julai lalu.

Sepanjang bulan lalu, Ain Edruce sudah digandingkan dengan beberapa pengacara jemputan seperti Izzue Islam, Shalma Ainaa dan Sharnaaz Ahmad.

SKIP THIS AD ×