berita

Heliza Helmi Sudah Sedia Bergelar Isteri, Mahu Terus Kahwin

November 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sudah lama juga tidak mendengar apa-apa berita dari Heliza Helmi, selebriti yang comel berhijab ini, kan? Tetapi, laporan Kosmo! hari ini menarik perhatian OHBULAN! apabila Heliza Helmi mengaku dia sudah sedia untuk berumah tangga dan menjadi isteri orang.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin, apatah lagi melihat ramai kawan-kawan saya yang sudah berumah tangga. Bagaimanapun, saya anggap semuanya itu terserah kepada jodoh.”

Heliza turut menyatakan bahawa dia memilih untuk terus berkahwin dari bercinta dahulu seperti kebanyakan golongan muda sekarang.

“Cuma saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan yang dilakukan golongan muda sekarang iaitu bercinta sebelum berumah tangga. Kalau saya mahu serius dengan seseorang lelaki, saya akan terus kahwin dan kemudian bercinta selepas itu.”

Walau bagaimanapun, Heliza Helmi kini masih lagi tidak mempunyai kekasih kerana sibuk menguruskan syarikat dan kerjayanya.

“Tidak dinafikan jadual saya memang padat setiap hari, kerana selain menguruskan syarikat saya juga terbabit dengan pelbagai aktiviti lain seperti menjadi penceramah motivasi dan pengacara televisyen. Mungkin disebabkan itu saya masih lagi tidak mempunyai kekasih,” ujar selebriti berusia 26 tahun ini.

Jadi, untuk siapa-siapa yang berminat dengan Heliza ni, pastikan anda dah bersedia untuk masuk meminang dan majlis perkahwinan ya.

SKIP THIS AD ×