Julung kalinya filem Hemingway & Gellhorn yang ditayangkan secara perdana pada 28 Mei lalu akan menemui anda menerusi siaran HBO pada hari Isnin depan, 4 Jun bermula pukul 7:15 malam. Menurut wakil filem ini, kebiasaannya filem bertaraf antarabangsa mengambil masa daripada sebulan hingga 6 bulan untuk ditayangkan di televisyen. Dan, kali ini siaran HBO berjaya mempercepatkan tayangan khas ini untuk seisi rumah Malaysia.
Filem ini yang diarah oleh calon Anugerah Academy, Philip Kaufman, HEMINGWAY & GELLHORN menceritakan kisah romantis terhebat abad lalu – hubungan cinta yang penuh keghairahan dan perkahwinan penuh saspen di antara pakar sastera, Ernest Hemingway bersama seorang koresponden perang penuh berinovasi, Martha Gellhorn. Anda akan dibawa mengikuti jejak pengembaraan penulis-penulis ini melalui Perang Saudara Sepanyol dan seterusnya.
Kisah penuh dramatik yang diabadikan dalam bentuk filem ini menerima sentuhan lakonan Nicole Kidman yang berjaya menonjolkan kekuatan seorang wanita pada zaman tersebut.
Berkata kepada media, “Wanita seperti Martha Gellhorn adalah pencetus dalam melakukan perkara-perkara yang luar biasa dan mengubah jenis profesion yang mampu mengubah seluruh dunia. Saya rasa saya akan sentiasa mencari watak wanita-wanita sedemikian untuk dilakonkan, jika diberi peluang.”
Kata dia lagi, tidak sukar untuk menjiwai watak Martha Gellhorn kerana sejak kecil lagi sudah dididik oleh ibunya untuk tabah menghadapi cabaran besar.
“Saya diasuh oleh seorang ibu yang kuat dan feminis. Beliau adalah seorang wanita yang mahu anak-anak gadisnya keluar ke dunia ini dan merasai setiap pahit manis kehidupan. Saya tertarik dengan wanita yang mempunyai sikap sedemikian dan Martha adalah salah seorang daripada mereka. Apabila anda melakukan sebuah filem yang berdasar watak seorang manusia sebenar, ia bukan mengenai meniru atau mencontohi mereka. Ia sebenarnya satu percubaan mencari jati diri mereka dan kekuatan melalui saya ke skrin.”
Trailer selepas ini.