berita

Henry Golding & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung. Comelnya..

April 6th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya di laman Instagram. Selamat datang The Junior Golding!

‘Thank you, I love you’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Henry Golding (@henrygolding)

Henry dalam titipan ucapan istimewa buat isteri tersayang iaitu Livlo Golding mengungkapkan rasa syukur dan terima kasih buat isterinya atas kelahiran cahaya mata mereka pertama. Malah, dia juga tidak dapat membayangkan segala kekuatan dan semangat isteri tercinta dalam menyerikan kehidupan keluarga kecil ini.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga mereka pada tahun 2016.

Bersedia untuk berjaga malam

Sementara itu, menerusi laman Instagram isteri Henry iaitu Lovlo Golding berkata dia perlu bersedia untuk berjaga malam bagi menyusukan anak sulung mereka. Semestinya ini merupakan pengalaman pertama bagi pasangan ini dan banyak perkara baharu yang perlu dipelajari bersama.

Meninjau di ruangan komen, ramai selebriti luar negara dan tempatan menzahirkan ucapan tahniah buat Henry dan Lovla kerana selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Antaranya Yuna Zarai, Iko Uwais, Steve Jang, Constance Lau dan ramai lagi.

Sumber: Henry Golding

SKIP THIS AD ×