berita

‘Henti Guna Gambar Saya’ – Siti Elizad Kesal Butik Masih Gunakan Gambar Untuk Promosi

December 24th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar mengenai kisah artis ditipu rakan kongsi. Antaranya Hariz Baba yang mendakwa dirinya ditipu rakan kongsi untuk menjalankan perniagaan aksesori telefon. Kini giliran pelakon, Siti Elizad pula dakwa dirinya ditipu butik pengeluar baju raya apabila sehingga kini dia masih belum menerima hasil keuntungan daripada pelaburannya di butik tersebut.

Elizad telah memuat naik satu kenyataan di Instagramnya meminta agar butik tersebut untuk berhenti menggunakan gambarnya bagi tujuan mempromosikan koleksi baju raya di butik berkenaan. Pemilik butik tersebut dikatakan hanya berdiam diri apabila ditanya mengenai soal keuntungan walaupun Hari Raya Aidilfitri telah lama berlalu.

Melabur atas dasar percaya

https://www.instagram.com/p/BdDEGYUAb6y/

Elizad berkata dia melabur di butik berkenaan diatas dasar percaya dan tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku. Dengar khabarnya, koleksi baju raya tersebut dikatakan sangat laris di pasaran namun sehingga bulan Disember Elizad masih belum menerima sesen pon hasil daripada keuntungan baju raya tersebut.

Tak bagi duit untung tak mengapa

Namun, ketika ini Elizad sudah tidak kisah sekiranya butik tersebut enggan membayar bahagian keuntunganya dan hanya meminta butik tersebut untuk berhenti menggunakan gambarnya daripada sebarang tujuan promosi bagi butik berkenaan.

Diharap butik berkenaan jelas dengan kenyataan yang diberikan oleh Elizad ini. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya perkara ini masih berterus, kemungkinan Elizad tidak akan teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Sumber: Instagram Siti Elizad

SKIP THIS AD ×