Ibu bapa yang mempunyai anak kecil semestinya timbul perasaan bimbang ketika membawa menaiki kapal terbang untuk pergi bercuti.
Anak meragam adalah masalah utama kerana umum tahu ‘terbang’ bersama kanak-kanak bukan perkara mudah.
Artikel Berkaitan: Kaburkan Jenama Beg Tangan, Peminat Puji Sikap Rendah Diri Fazura
Anak kecil gementar
Itu yang disuarakan oleh pelakon Fazura yang baru pulang dari Pulau Langkawi, Kedah, sempena menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 September lalu.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), aktres berumur 39 tahun ini meminta pendapat daripada kalangan ibu bapa yang pernah merasai pengalaman anak berasa gementar ketika berada dalam pesawat.
Cerita pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, dia kecewa apabila ada orang asing yang tidak senang dengan kelakuan Fatima dan sepupunya yang juga kanak-kanak autism.
Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?
Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik ‘kalau anda semua tak boleh kawal anak-anak, mereka tak patut terbang!’ Sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?
Allah bagi kesabaran
Perkongsian itu mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada rakan selebriti antaranya Yasmin Hani, Catriona Ross, Diana Danielle dan peminat.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin berdoa agar semua ibu bapa diberi kesabaran yang tinggi ketika memikul tanggangjawab besar.
Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.
Sumber: Instagram @missfazura