berita

‘Hero-Hero Kita Adalah Petugas KKM’ – Sembuh Jangkitan COVID-19, Individu Ini Kongsi Pengalaman

March 27th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dikuarantin selama 13 hari di Hospital Sungai Buloh tidak mematahkan semangat Rosli Dahlan, seorang pesakit yang disahkan COVID-19. Memetik laporan Astro Awani, Rosli Dahlan yang merupakan seorang peguam meluahkan rasa kagum dengan barisan hadapan yang bekerja keras merawat pesakit.

Jangan menuding jari

Foto: The Edge Markets

Menceritakan dengan lebih lanjut pengalaman sepanjang dikuarantin, Rosli Dahlan berkata detik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia disahkan positif pada 2 Mac lalu.

Masa itu rakyat dan orang awam masih takut, malah terdapat segelintir yang tuding jari dan sebagainya. Masa itu, perasaan sedih pun ada, ada yang mendedahkan identiti saya serta menimbulkan perasaan stigma.

Jangan menunding jari, sebaliknya isu ini perlu ditangani sebagai masyarakat yang mempunyai ilmu. Dalam hal ini, saya rasa banyak yang kita (masyarakat) boleh lakukan, kalaulah saya dalam hospital boleh merasakan kekal positif, apatah lagi masyarakat di luar sana.

Baginya, sepanjang 13 hari di hospital bukanlah satu pengalaman yang memeritkan. Apa yang penting adalah keyakinan kepada diri sendiri untuk melawan penyakit. Selain itu, pesakit hendaklah sentiasa positif terutama apabila diletakkan di wad isolasi.

Kekal positif

Sekadar gambar hiasan

Orang tanya aktiviti apa yang saya buat, saya kata sebagai orang Islam waktu kita memang terjaga di mana sejak pagi kita solat subuh, zohor, asar, maghrib, waktu untuk kita membaca doa dan sebagainya, jadi saya tidak rasa masa di hospital selama 13 hari itu memeritkan.

Selepas subuh saya membaca doa dan buku, kemudian membersihkan kamar serta menjawab email untuk tugasan. Jadi kalau saya dalam hospital boleh rasa still positive, jadi saya rasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini asalnya dari 18 Mac hingga 31 Mac dan apabila ianya dilanjutkan kepada 14 April, banyak benda kita boleh lakukan dan tidak harus merasa tertekan ketika berada di rumah.

Beliau menambah lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia memiliki kepakaran perubatan yang hebat dan dia amat bersyukur. Jika dibandingkan dengan negara yang lain, kerajaan negara kita memberikan testing secara percuma.

Petugas KKM adalah hero kita

Sekadar gambar hiasan

Di Malaysia ini, kita sangat bernasib baik kerana kerajaan berikan testing itu secara percuma. Di negara lain mereka perlu bayar, kalau positif dalam isolasi wad kerajaan Malaysia membayar sepenuhnya. Kita sangat bersyukur dengan Kementerian Kesihatan kita, Ketua Pengarah serta doktornya terutama yang jaga saya, Dr Yasmin, Dr Haikal, Dr Salina, Dr Najma dan Dr Arisa, mereka sangat bagus dan mempunyai sifat ihsan.

Keadaannya tidak sama seperti di negara lain apabila ada pesakit yang diberikan khidmat rawatan, tetapi ada yang tidak seperti di Sepanyol, Itali dan sebagainya. Kita mempunyai antara sistem penjagaan kesihatan yang terbaik berbanding negara lain. Jadi hero-hero kita adalah semua petugas KKM, sikap mereka itu amat terpuji.

Selain itu, Rosli berpesan kepada semua agar tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif. Dia dan isteri akhirnya bebas dari penyakit selepas 13 hari dikuarantin dan dibenarkan keluar wad pada 15 Mac lalu. Diharapkan masyarakat tidak panik dan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×