Kisah penderitaan adik Mohd Shafuan Nor Azahar menghidap kanser tulang telah mendapat perhatian ramai. Keadaannya yang amat meruntun jiwa itu juga telah menarik perhatian penyanyi popular Awi Rafael untuk tampil melawat keadaan adik Shafuan.
‘He’s a strong kid with a good heart’
https://www.instagram.com/p/BvyygcchBq8/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=hzpk4n3fmywh
Terbaharu, melalui satu video yang dikongsikan di laman Instagramnya, telah menyaksikan Awi sedang melawat adik Shafuan yang masih dirawat di sebuah hospital. Melihat keadaan adik Shafuan yang terbaring menahan rasa sakit, membuatkan Awi berasa sebak dan mengalirkan air mata. Dalam pada menahan sakit, adik Shafuan juga dilihat masih mampu tersenyum dan berbual mesra bersama Awi.
Menurut Awi, walaupun baru sahaja berumur 20 tahun, adik Shafuan seorang yang tabah dan kuat semangat dalam melawan penyakit yang dihidapinya. Melalui video itu juga, Awi menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan buat adik Shafuan.
Sama-samalah kita bantu
Menerusi Instastory Awi juga telah kongsikan nombor telefon keluarga adik Shafuan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan.
Adik Shafuan terpaksa disuntik dengan Morfin setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM 70,000. Untuk pengetahuan semua, ibunya juga sedang sakit Stroke.
Sumber: Awi Rafael