Pelakon dan penyanyi yang pernah menimbulkan kontroversi dengan gambar seksinya bersama kekasih hati awal Mac lalu, Hetty Sarlene kini dikatakan telah mula berubah kearah penampilan yang lebih sopan dan ayu bertudung.
Artikel Berkaitan :
Bagaimana pun, ia masih belum mampu menutup mulut mana-mana pihak yang memerhati. Melalui foto di laman Instagram, masih ada segelintir peminat yang mengecam cara Hetty mengayakan tudung yang disifatkan mirip dengan imej paderi.
Dalam pada itu, peminat turut melahirkan rasa kesal apabila melihat Hetty masih lagi berpelukan bersama teman lelakinya dan perkara tersebut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar bagi seorang muslimah bertudung.
Berikut antara foto-foto yang dimuat naik oleh Hetty Sarlene menerusi laman Instagramnya :
Tudung yang dikatakan seperti gaya paderi.
Foto berpelukan dengan teman lelaki.
Bagaimanapun kami berharap agar Hetty Sarlene dapat menerima kecaman tersebut dengan hati yang terbuka serta mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih pakar dalam soal pakaian muslimah. Mungkin dengan berbuat sedemikan, ia dapat mengurangkan apa jua kecaman berbentuk peribadi di masa akan datang.
Kredit Foto : Instagram Hetty Sarlene