berita

Hidap Kencing Manis ‘Kronik’, Wanita Nekad Amalkan Gaya Hidup Sihat Hilang Lebih 56kg Dalam Masa 2 Tahun!

May 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Economic Times

Memiliki berat badan yang ideal dan sihat tubuh badan menjadi keinginan semua orang bagi mengelakkan daripada mudah mendapat sebarang penyakit kronik. Bahkan, terdapat pelbagai pelan diet yang dipraktikkan bagi mereka yang sedang berdiet bagi menurunkan berat badan.

Artikel Berkaitan: Hilang Lebih 20kg Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Kongsi Tips Diet Mudah Tanpa Perlu Berlapar

Artikel Berkaitan: Mula Diet Sekadar ‘Suka-Suka’, Lihat Hasil Tranformasi Gadis Ini Selepas 10 Bulan!

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Plain Didek menerusi kumpulan Malaysia Runners di Facebook tampil menceritakan aktiviti yang dilakukan olehnya untuk menurunkan berat badan.

‘berlari bukan untuk menjadi kurus’

Foto: Plain Didek

Ujar wanita kelahiran Sarawak ini, dia berlari bukan untuk kurus tetapi bagi menurunkan kadar gula dalam badan. Bercerita lebih lanjut, dia sebelum ini yang merupakan seorang pesakit diabetes kronik mengakui tidak menjaga pemakanan

Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.

Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.

Pada satu hari, dia diuji apabila kedua kaki retak disebabkan terlanggar sesuatu. Susulan daripada itu, tapak kakinya juga melecet dan mengalami ray amputation pada jari kedua dan ketiga. Bermula daripada itu, dia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat.

Mula menjaga makan, low Carb no sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg. Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.

‘Saya tak percaya semua supplement ni’

Foto: Megalive

Pada masa yang sama, dia turut memberikan pesanan bahawa senaman dan penjagaan makanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes.

Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.

Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal supplement diabetes, sebab saya tak percaya akan semua benda-benda supplement ni.

Sumber: Plain Didek Via Malaysia Runner

SKIP THIS AD ×