Kejayaan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali membeli sebuah kereta mewah Toyota Vellfire dengan duit berniaga telah membuatkan pelawak Ali Puteh sekali lagi menerima kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Kecewa Ditipu, Henti Jadi Duta Ayam ‘Free’
Artikel Berkaitan: Berkat Gigih Berniaga, Hidayah Abam Beli Toyota Vellfire
Karma itu ada
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ali berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan lambakan kata cacian daripada sebuah akaun palsu.
Individu terbabit dilihat berang dengan tindakan Ali yang telah menjual kereta milik arwah abangnya.
Eh hitam kau ni post nak raih simpati ke? Kau ingat orang lupa apa kau dah buat. Karma itu ada, Allah pasti balas apa kau buat.
Kau tu dah la hitam, hati pun hitam.. Jangan nak bertopengkan syaitan.
Dengar cerita kakak ipar dah keluar (beli) Vellfire dulu. Kemain tak kasi orang tu pakai rezeki Allah tu. Kau tu Allah sempitkan.
Terima kasih
Bagaimanapun, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memilih untuk berdepan dengan tenang di samping mengucapkan terima kasih kerana membuatkan dirinya lebih kuat untuk mengharungi kehidupan.
Semangat dan terus kuat bila diperkatakan. Terima kasih atas kata-kata yang sangat indah ini.
Sebelum ini, Ali diduga apabila ditipu dengan sebuah syarikat pembekal yang telah melantik dirinya menjadi duta ayam. Kata Ali, dia tidak menerima sebarang bayaran meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.
Sumber: Instagram @aliputeh_official