berita

Hidung Tiba-Tiba Berdarah Tanpa Henti, Rupanya Dah 3 Tahun Dadu Tersumbat…

July 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Kejadian kanak-kanak memasukkan benda bukan-bukan ke dalam mulut, hidung dan telinga bukan lagi perkara pelik sejak belakangan ini. Maklumlah, di usia yang masih kecil ini mereka akan meneroka keadaan persekitaran. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawasi setiap gerak geri anak-anak agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Di Facebook, Dr Redza Zainol kongsi kisah seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan akibat memasukkan dadu ke dalam lubang hidung sejak tiga tahun yang lalu. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi cara untuk mengeluarkan dadu yang tersangkut.

Makin lama makin banyak darah

Makin lama makin banyak darah yang keluar dari hidung dia. Sebab tu saya bawa dia ke sini. Memang jelas muka ibu tu risau. Anak baru umur 9 tahun. Jatuh tak ada. Demam tak ada. Tiba-tiba aje hidung berdarah. Saya periksa dalam lubang hidung guna lampu suluh tak nampak apa-apa yang luar biasa. Yang leganya, darah tu dah berhenti mengalir.

Saya rujuk doktor bahagian hidung (ENT) ya puan. Kejap lagi kami hantar dia ke klinik ENT. Ibu tu ikut saja. Sejam lepas tu, saya dapat panggilan dari kawan saya. Bro, aku dah scope hidung budak tu. Nanti kau tengoklah. Bukan biasa-biasa patient kau ni. Lepas tu terus dia letak telefon. Apahal pulak ni. Selang 2 minit, jururawat dan budak tu pun sampai ke wad. Tersengih-sengih budak tu.

Nah doktor. Doktor ENT jumpa dadu ni dalam hidung dia. Allahu. Rupa-rupanya, dah 3 tahun dadu ni duk ada dalam hidung dia. Mak dia korek punya korek, barulah dia nak cerita. Sebenarnya, dia main-main masukkan dadu dalam hidung. Entah macam mana dia tolak sampai termasuk dadu tu dalam lubang hidung. Kisah benar ni saya tak akan lupakan.

Menurut Dr Redza, ibu kanak-kanak berusia 9 tahun itu tidak mengetahui punca kenapa hidung anaknya berdarah. Bimbang sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, wanita tersebut bergegas membawa anaknya ke pusat perubatan berdekatan sebelum dirujuk ke bahagian pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

Duduk dan tunduk kepala

Kalau hidung anak berdarah 

  • Jangan dongakkan kepala. Darah tu akan mengalir semula ke belakang hidung dan boleh masuk ke paru-paru.
  • Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu saja.

Cara yang betul:

  • Dudukkan anak dan minta dia tundukkan kepala.
  • Picit bahagian luar hidung yang lembut selama 10 minit.
  • Letak ais di bahagian pangkal hidung dan dahi.
  • Setiap 10 minit periksa sama ada darah dah berhenti mengalir atau tak.
  • Bawa ke hospital jika darah tak berhenti selepas 20 minit.

Sebulan sekali, mak ayah rajin-rajinlah periksa lubang telinga dan lubang hidung anak guna lampu suluh. Jangan terkejut kalau jumpa manik, beras dan serangga tau. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah tahu apa nak buat bila hidung anak berdarah. Simpan nota ni, mudah kalau nak rujuk nanti.

Sumber: Dr Redza Zainol

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×