![[VIDEO] ‘Nikah Di Thailand Sudah Selesai, Ada Sijil Nikah’ – Peguam Aslam & Marissa Perjelas Tiga Isu Utama](https://asset.ohbulan.com/2026/03/marissa.jpg)
Pempengaruh, Ahmad Aslam tampil memberikan penjelasan berhubung isu pernikahannya bersama Marissa Dania yang mencetuskan spekulasi susulan pasangan itu hanya memiliki salinan sijil pernikahan meskipun perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah.
Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Aslam Dua Kali Lafaz Cerai Terhadap Marissa Dania
Artikel Berkaitan: Mahkamah Tak Dapat Putuskan Status Cerai Rujuk Marissa Dania, Aslam Respon – ‘Maaf Tak Dapat Nak Komen’
Penjelasan
Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan fitnah serta memberi gambaran sebenar kepada orang ramai berhubung isu yang diperkatakan.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, pasangan itu telah memperoleh sijil nikah dan perkahwinan mereka adalah sah mengikut syarak.
Kekeliruan yang pertama adalah tentang bila Aslam daftar nikah atau daftar lambat. Kalau diikutkan apa yang dia buat inilah proses paling cepat yang kita dapat laksanakan.
Kalau ikutkan Aslam tidak boleh nak failkan apa-apa kes selepas daripada ini tapi kita berjaya untuk failkan.
Nikah di Thailand sudah pun selesai dan sebenarnya, cerita itu telah pun ditutup. Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak.
Sijil nikah mereka berjaya peroleh. Kalau tiada sijil nikah mereka tidak dapat nak buat proses seterusnya.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam menangguhkan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan sensasi itu.
Untuk rekod, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.
Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

