berita

‘Hidup Segan, Mati Tak Mahu’ – Joey BPR Luah Kecewa Bayaran Persembahan Cuma RM666

January 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan kumpulan rock Malaysia iaitu Bumi Putra Rockers (BPR) yang popular dengan lagu seperti Seribu Tahun Takkan Mungkin, Harum Subur Di Hati dan Dari Sinar Mata. Lagu dan persembahan mereka ini pasti dirindui ramai peminat rock.

Terbaru, menerusi akaun Facebook vokalis kumpulan ini iaitu Joey memuat naik foto penyata bayaran yang diterimanya daripada sebuah konsert di Johor Bahru pada penghujung tahun lalu.

Inilah gaji aku

Menurut laporan Harian Metro, anggota lain kumpulan BPR itu turut terima jumlah bayaran lebih kurang sama sekitar RM1,000 tetapi selepas ditolak kos penginapan hotel dan lain-lain, masing-masing hanya mendapat pendapatan bersih kira-kira RM666.

Saya sengaja muat naik penyata bayaran itu di Facebook supaya orang faham keadaan sebenar industri muzik sekarang. Itulah sebabnya ramai pemuzik main ‘busking’. Sejak awal lagi saya jangka kutipan tiket konsert ini rendah.

Banyak perkara di luar jangkaan berlaku seperti penginapan yang mulanya ada penaja, tapi berlaku masalah hingga akhirnya kami terpaksa cari hotel murah berdekatan lokasi konsert.

BPR bukan orang kaya

Tambah Joey lagi, konsert yang telah diadakan pada penghujung tahun lalu berskala kecil dan tiket dijual dengan kadar harga yang agak murah.

Kami juga kena bayar kumpulan undangan. Itu pun kami menggunakan sistem bunyi murah. Kalau tidak, mungkin kami tak bergaji langsung.

Apapun kami buat konsert ini kerana nak kekalkan nama BPR dan bukan kerana cari duit sangat. Saya selalu cakap hidup segan, mati tak mahu. Lagipun BPR bukan orang kaya. Dapat pendapatan seribu dua pun di kira banyak juga.

Aku takkan menyerah kalah

Joey turut memuat naik status di laman Facebook dalam menyifatkan usaha dirinya menaikkan kumpulan muzik rock ini sehingga dikenali ramai. Dia turut bersama BPR dan berusaha menaikkan kumpulan ini semula setelah lama menyepi dari industri hiburan.

Sumber: Harian Metro, Joey BPR

SKIP THIS AD ×