berita

Pelakon Wanita Popular Kantoi Miliki Dadah

May 6th, 2018 | by faris
Kini Trending

Viral di media sosial salinan laporan polis mengenai seorang pelakon wanita popular yang ditahan kerana isu dadah. Namun isu itu tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tidak mempunyai sumber yang benar-benar dipercayai.

Berita itu kemudiannya disahkan oleh Harian Metro yang mengeluarkan laporan kes itu.

Dadah jenis eramin

Artis berkenaan yang merupakan seorang pelakon wanita popular ditahan apabila polis menemui enam aluminium foil mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangannya.

Menurut Harian Metro, pelakon itu ke balai polis setelah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi.

Pelakon yang juga kakak kepada dua pelakon wanita popular yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit.

Negatif ujian air kencing

Anggota polis ke lokasi kejadian sebelum membawa artis tersebut ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut. Dia bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim mengesahkan penahanan artis terbabit dan pihaknya telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kejadian itu. Pelakon berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Sumber: Harian Metro
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×