Dewasa ini kita boleh lihat sudah ramai wanita berjaya dalam kerjaya masing-masing, tidak kira sama ada dari sektor swasta mahupun sektor awam. Ini membuktikan bahawa wanita juga mampu mencari sumber pendapatan mereka sendiri, tanpa bergantung pada kaum lelaki semata-mata.
Secara umumnya, wanita bekerja semestinya ingin selalu tampil anggun dan sopan apabila menjejakkan kaki ke pejabat, bagi membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat di sekeliling.
Dengan ini, Sunsilk telah tampilkan satu gaya hijab khusus untuk wanita bekerjaya. Gaya ini bukan sahaja ringkas, malah ia amat fleksible untuk digayakan dalam apa jua situasi. Bagi mempelajari gaya hijab ini, mari kita lihat video yang telah disediakan oleh Sunsilk.
Tips Penjagaan Rambut Sunsilk
Selalu gunakan syampu yang dicipta khusus dengan ramuan aktif untuk cucian mendalam, menanggalkan mendapan minyak agar kulit kepala bersih dan sihat. Hasilnya – kesegaran berpanjangan tanpa kegatalan.