berita

Hilang 36Kg Tapi Makan 5 Kali Sehari, Lelaki Ini Buktikan Boleh Kurus Tanpa Perlu Berlapar

December 14th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

cover
Siapa kata memiliki berat badan ideal dan tubuh yang langsing penting untuk kaum perempuan sahaja? Lelaki pun mesti nak tampil segak, fit dan bergaya. Tapi kita semua tahu bukan mudah nak turunkan berat badan ni, lagi-lagi kalau kena berdiet atau sekat pemakanan.

Tapi jangan gusar! Lelaki ini dah buktikan boleh kuruskan badan tanpa perlu berlapar. Siap boleh makan sampai 5 kali sehari beb! Jom baca tips kurus yang dikongsikan olehnya, start now and it will change your years later!

Dari 128Kg Kepada 91Kg!

screen-shot-2016-12-14-at-12-32-05-pm

Total penurunan, 36KG setakat ni. Gambar belah kiri tu masa aku 128KG. Kanan gambar baru2 nih, 91KG.

Sebelum ini aku selalu digelar gemuk (walaupun sekarang still ada gelaran tu hehe), selalu penat, tak aktif, stress, banyak penyakit, sampaikan tulang aku ada isu sebab berat berlebihan.

Alhamdulillah, tak banyak pun turun tapi aku rasa ringan dan lebih cergas dari sebelumnya.

Banyak orang tanye camne? Since ada cuti panjang ni, aku try curi masa aku sikit untuk aku share kan beberapa tips camne aku dapat turunkan berat badanku sebanyak 36KG.

Sebelum mula, korang kena ingat:
1) Banyak pengorbanan kena buat
2) Kos juga mungkin meningkat sebab nak beli makanan sihat. Bukan murah kat Malaysia ni hehe.
3) Kena selalu aktif dan pergi gym, aku akan sentuh topik ni nanti.

Aku start agak lama dah, 2 tahun yang lalu tak silap. Tapi kalau buat betul2 aku pernah turun 5KG dalam masa sebulan.

Selama ni banyak cubaan pernah buat, tapi tak jadi. Sebab apa? Sebab kita tak tahu konsep pengiraan kalori dan pengambilan makanan penting untuk pengurangan berat badan.

Aku baca dan fahami, ianya sebenarnya mudah, cuma apa yang penting, korang kena sabar dan amik masa.

Kena Pandai Kira-Kira!

k2

Mulanya korang kena faham, berapa kalori korang kena ambil dalam sehari. Ini bergantung pada jantina, berat, tinggi dan gaya hidup (aktif atau tak). Banyak kalkulator online untuk kira, semuanya free je kot. Lepas tau, cam aku dulu mula-mula start kalori aku sehari dalam 1,800/sehari.

Jangan makan lebih dari had kalori harian korang dan jangan terlalu kurang. Okay, korang mesti tak tau kan, camne nak tau satu keping roti canai tu berapa kalori?

Pakai je apps cam MyFitnessPal. FREE je kot untuk phone korang. Apps ni boleh kira anggaran berapa kalori untuk setiap makanan korang.

Banyak gak makanan tempatan kat dalam apps nih. Ingat, dianya data tak semestinya 100% betul, so buat anggaran untuk guideline jadi lah.

Pssttt: Roti Canai ada 300 kalori, Nasi putih sepinggan ada dalam 200 kalori. Pandai2 la korang kira kenapa roti canai ni cam musuh untuk orang nak kurangkan berat badan and it’s cheap hehe.

Boleh Makan 5 Kali Sehari!

Makan lebih kerap. Kita kadang2 makan banyak bukan sebab lapar, sebab kita dah terbiasa dan selalu terasa nak kunyah something. “Cuba try test” tukar ke lebih sihat sket, meh tengok amalan makanan aku:

PAGI: Minum susu rendah lemak secawan. Sekeping roti wholemeal kalu still rase takut lapar nanti.

SEBELUM LUNCH: Snek, bukan twisties. Snek cam lobak, tomato ataupun kekacang. Sikit je, sekadar nak rasa kenyang sebelum lunchtime.

LUNCH: Nasi sikit. Sikit sangat2, makcik kedai makan selalu komplen aku request sikit nasi. Senggengam je. Lebihkan lauk, cam ayam (dada, bakar lebih baik dari goreng)

SEBELUM DINNER: Sama macam snek diatas.

DINNER: Aku try elak nasi. Ini bergantung pada orang. Ingat pengiraan kalori tadi. Aku selalu makan ayam ngan sayur-sayuran.

+LEBIHKAN AKTIVITI+
Aktiviti tak semestinya sukan / gym semata. Untuk permulaan mungkin korang boleh amalkan ni:
– Naik tangga daripada naik lift.
– Park kereta / moto jauh dari opis. Jalan lebih sikit.
– Banyakan berdiri dan berjalan.
– Tidur biarlah cukup masa. Kalori pun boleh terbakar tau masa korang tidur.

+GYM / SUKAN+
Jangan paksa diri, aku turun berat ni pun tak cepat. Tapi kalau betul-betul serius, aku pernah turun sehingga 5KG dalam masa sebulan.

Sebagai permulaan, fokus kepada kardio dahulu. Kardio maksudnye bakar kalori cam lari pakai treadmill, cycling etc. Jangan sibuk bina otot / 6 pax ye, kalu objektif nak turun berat badan baik fokus kardio.

Permulaan aku buat seminggu sekali. Minimum 20minit. Lama-lama bila stamina da okay, tambahkan masa korang kat gym tu.

Dari XXXL ke XL
Dari 48″ ke 34″

Aku nye perjalanan masih jauh, untuk ke berat ideal iaitu 75KG.

Semoga korang berjaya didalam proses pengurangan berat badan korang!

Good luck!

#jomkurus#jk1m#SuccessStories#FatToFitJourney

Sumber: Hafiz Johar

SKIP THIS AD ×