Sebelum ini viral kisah adik Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan di bahagian mulutnya sejak dari kecil. Sehingga ke hari ini, perkembangan adik Ainul telah menunjukkan positif apabila dia dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas dirawat di hospital.
Terbaru, ayah kepada bayi ini Ahmad Safiuddin berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang berjaya mengharungi dugaan hidup selama tempoh 8 bulan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.
‘Aturan Allah itu sangat cantik’
Aturan Allah itu sangat cantik. Saya tidak tahu bagaimana jika sekiranya saya bekerja dengan orang atau bahasa lain saya mencari rezeki dengan cara makan gaji.
5 bulan pertama, memang saya dan isteri lebih banyak masa di hospital berbanding di rumah. Saya tidak dapat membayangkan jika saya bekerja makan gaji, macam mana urusan saya nak duduk di hospital lama-lama teman anak dan isteri.
Tapi, walaupun begitu, dalam 5 bulan ini lah saya tidak dapat fokus sepenuhnya dalam bisnes yang seusia Ainul ini. Banyak hutang, payment saya lewat bayar dan masalah-masalah lain sehingga lah hampir di potong elektrik sebab bayaran bil banyak tertangguh.
Displin berniaga, duit modal kena asing. Untung pun tak boleh ambil semua. Tapi disebabkan saya memerlukan wang yang segera untuk membiayai kos ke sana ke mari, kadang-kadang terguna juga duit modal sampai lah cash flow tercekik. Itu tidak masuk kehilangan duit sales sebanyak 5k, waktu itu Allah sahaja tahu.
‘Allah tetap cukupkan rezeki saya..’
Isteri saya tahu apa yang saya lalui. Kadang-kadang bila nak beli apa-apa, dia akan bertanya “abang, ada duit tak?”.
Saya angguk je jawab ada walaupun dalam dompet tinggal berapa sahaja. Tapi sebab yakinnya saya dengan Tuhan bahawa apa cara sekali pun, Allah tetap akan cukupkan rezeki saya dan keluarga. Saya jalan terus tanpa bersedih.
Alhamdulillah, walaupun duit itu tidak lah banyak mana, tetapi alhamdulillah, Allah telah cukupkan rezeki kami sekeluarga. Dan hutang-hutang bisnes pun bila tiba masanya saya tetap akan bayar. Cumanya kadang-kadang tu minta juga credit dua atau tiga hari.
Jangan takut dengan rezeki. Allah itu tak kejam, Allah akan cukupkan rezeki kita jika kita percaya bahawa hanya Allah sahaja lah Zat yang memberi kita rezeki.
‘Kedai saya seusia Ainul Mardhiah..’
Saya tidak pernah bercerita pada sesiapa pasal perkara ini termasuk keluarga terdekat, sebab rasa malu apabila menjadi suami dan ayah yang cukup sifat tetapi mengharapkan bantuan dan pertolongan dari orang lain.
Jalan terus, bila tiba masa, Allah tetap akan bagi. Yang penting, jangan berhenti berusaha dan berdoa. Selebihnya itu semua atas kehendak dan izin Allah SWT.
Jadi, ini lah kedai saya. Kedai yang usianya seusia Ainul Mardhiah. Masa hari pembukaan, Ainul di dalam inkubator berusia 3 hari, dan ketika itu Ainul masih dalam keadaan kritikal.
Saya bukan tak mahu tangguh tarikh pembukaan tu, tapi disebabkan persiapan banyak telah dibuat termasuk print bunting gantung di tiang-tiang elektrik. Alhamdulillah, hari pembukaan berjalan dengan lancar. Usai habis program pembukaan, saya dan isteri terus pergi melawat Ainul di NICU.
Sumber: Ahmad Safiuddin