berita

Hilang Kerja Sejak PKP, Ibu Baru Meninggal Dunia. Pemuda Ini ‘Struggle’ Cari Duit Dengan Jual Jeruk Asam Boi

February 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 melanda dunia telah menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas. Ramai di antara kita hilang pekerjaan dan terpaksa meneruskan hidup dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Seperti nasib yang menimpa seorang pemuda ini iaitu Hiken No Ace meminta pengguna media sosial di laman Twitter membantunya mempromosikan jualannya jeruk asam boi. Lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui ibunya baru meninggal dunia dan kini dia yang menanggung keluarga.

Mak baru meninggal dunia

Status yang dikongsikan pemuda ini di laman Twitter mendapat lebih 25 ribu tanda Retweet. Difahamkan, ibunya telah meninggal dunia pada Jumaat lalu dan kini dia hanya tinggal bersama adiknya sahaja. Segala komitmen dan perbelanjaan bulanan terpaksa dia tanggung.

Katanya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menyebabkan dia hilang pekerjaan. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah berniaga jeruk asam boi di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Dulu kerja kontrak

Difahamkan, sebelum ini dia bekerja tetapi dalam status kontrak. Namun, disebabkan PKP segala perniagaan terjejas dan syarikat berkenaan tidak meneruskan kontrak tersebut. Adiknya turut menghadapi nasib yang sama, tiada pekerjaan disebabkan PKP.

Mereka adik-beradik terpaksa berusaha dan bekerja keras bagi membayar komitmen bulanan seperti membayar rumah, barangan dapur, bil-bil kemudahan dan sebagainya.

Tinggal aku dengan adik je

Terbaru, disebabkan ‘kuasa viral’ dia telah menerima banyak tempahan jeruk asam boi tersebut. Pemuda ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pengguna media sosial yang telah membantunya.

Sumber: Hiken No Ace

SKIP THIS AD ×